Pada tahun 2007 yang lalu di Banjarmasin telah dilangsungkan Kongres Budaya Banjar 1. Saya dijemput hadir, tapi tidak dapat berkunjung ke Kalsel kerana ada halangan.
Saya difahamkan Kongres Budaya Banjar Ke-2 akan diadakan pada tahun 2010 yang akan datang (tinggal beberapa hari lagi). Saya berminat untuk hadir, dan berharap pihak panitia akan memberitahu saya tentag kongres itu apabila sampai masanya nanti.
Sunday, December 27, 2009
Thursday, December 24, 2009
Berombongan ke Banjar
Saya sudah dua kali berkunjung ke Banjar. Kali pertama, Mac 2008, saya pergi berdua dengan isteri saya. Kali kedua, Disember 2009, saya membawa rombongan keluarga seramai 24 orang, yang terdiri daripada beberapa orang adik sepupu dan anak-anak mereka dan juga mak cik serta pakcik saya.
Jika keadaan mengizinkan, saya ingin pergi lagi ke Banjar dengan rombongan orang-orang Banjar pada masa hadapan. Caranya tidaklah begitu sukar. Kalau ada kira-kira 25 orang hingga 30 orang yang mahu pergi bersama, kita boleh mencari mana-mana travel agency yang boleh menguruskan lawatan kita. Di sana juga ada pemandu pelancong Banjar yang boleh membawa kita ke mana-mana. Adakah sesiapa yang berminat?

Monday, December 21, 2009
Menulis dalam Pontianak Pos
Hari ini saya menulis dalam buku tamu akhbar Pontianak Pos untuk mencari keluarga saya di Kalbar, khasnya di Pontianak.
Saya tidak tahu akan mendapat respons atau tidak.
Akan tetapi, saya yakin tentu ada orang Banjar di Kalbar yang mengenali anak cucu Haji Mukhsen, keluarga yang saya cari. Jadi saya harap ada sesiapa yang sudi menghubungi saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)