Friday, January 29, 2010

Buku "Urang Banjar di Langkat dan Tanah Deli"

Saya baru saja mendapat informasi yang agak pasti bahawa sebuah buku tentang orang Banjar di Sumut, bertajuk  Urang Banjar di Langkat dan Tanah Deli  telah diterbitkan beberapa tahun yang lalu. Penulisnya ialah Asr Fauzi MSi.

Saya tentu saja berminat untuk memperoleh dan membaca buku tersebut. Akan tetapi, setakat ini  tentu tidak mungkin, kerana saya pun tidak tahu di mana buku itu ada  di jual, dan sama ada masih ada di pasaran atau tidak.

Saya memang mengharapkan jika  ada orang Sumut yang sudi menghubungi saya tentang hal ini, walaupun tentunya saya tidaklah boleh berharap sangat.

Bagaimanapun, hal ini menimbulkan ilham pada saya untuk menulis buku  tentang "Urang Banjar di Tanah Melayu" pula,  iatu projek penulisan yang sudah lama difikirkan, tapi masih belum dapat dimulakan penulisannya.

No comments: