Biasanya rombongan orang-orang yang datang dari Banua (Kalsel) memang mendapat sambutan yang meriah dan mesra dari kalangan orang-orang Banjar di Malaysia.
Namun, rombongan terbaru dari Banjarmasin yang diketuai oleh Pak Samad dan Pak Ary mungkin mendapat sambutan yang paling meriah. Mereka telah disambut dan dialu-alukan di Batu Melintang (Neger Sembilan), di Bagan Serai dan di Sungai Manik (Perak) di Johor dan di Singapura, dan di beberapa tempat yang lain juga.
Sambutan yang begitu meriah daripada orang-orang Banjar di Malaysia ini saya kira membayangkan bahawa orang-orang Banjar di Malaysia begitu merindui Banua Banjar yang merupakan tempat asal datuk nenek mereka, dan timbul dari hasrat untuk merapatkan kembali hubungan dengan saudara mara mereka di Banua Banjar.
Apatah lagi banyak daripada mereka yang telah putus hubungan dengan kaum keluarga mereka di Banua Banjar. Mereka ingin menyambung kembali hubungan persaudaraan itu, tetapi tidak tahu bagaimana cara atau jalannya, kerana telah kehilangan jejak saudara mara mereka di sana.
Oleh yang demikian, memang sangat diharapkan agar rombongan terakhir dari Banua Banjar ini akan dapat menolong dan menjadi penghubung antara orang-orang Banjar di Malaysia dengn orang-orang Banjar di Kalsel.
KULAAN
Antara Semenanjung dan Banua
Sunday, November 2, 2014
Friday, October 31, 2014
Menghadiri seminar di Banjarmasin
Seorang kawan rapat dari Banjarmasin bertanya adakah saya akan ke Banjarmasin tahun ini. Saya telah jawab rasanya tidak. Saya mungkin ke Kalsel tahun depan, Mac atau April, khasnya kalau ada apa-apa acara di Banjarmasin.
Sebenarnya saya suka berkunjung ke sana untuk menghadiri seminar atau persidangan yang berkaitan dengan budaya dan masyarakat Banjar. Tapi biasanya saya lambat tahu, dan hanya tahu setelah sesuatu acara itu berakhir.
Saya harap ada kawan-kawan di sana yang sudi memberitahu saya jika ada acara yang demikian.

Rombongan dari Banjarmasin
Baru-baru ini satu rombongan dari Banjarmasin, seramai 19 orang, telah berkunjung ke Malaysia. Ada di antaranya yang saya kenal dan pernah jumpa. Misalnya Pak Samad dan Pak Ary dari UNLAM.
Sayang kerana beberapa halangan saya tidak dapat bertemu dengan mereka.
Bagaimanapun khabarnya mereka telah diberi sambutan yang sangat meriah di pelbagai tempat. Saya harap mereka pulang dengan kenangan manis atas sambutan kulaan di Malaysia.

Monday, September 29, 2014
Undangan memberi syarahan di Kuala Tungkal
Dua hari yang lalu, sebuah sekolah tinggi (setaraf universiti) Islam di Kuala Tungkal telah mengundang saya untuk memberi satu syarahan sempena dengan hari Konvokesyen sekolah tinggi itu pada 26 Oktober 2014. Saya begitu tersanjung dengan undangan itu, walaupun saya faham saya diundang kerana saya seorang ahli akademik Banjar dan sekolah tinggi Islam itu juga adalah sebuah sekolah tinggi Islam yang dimiliki dan diuruskan oleh orang-orang Banjar.
Bagaimanapun, mengingatkan keadaan kesihatan saya yang tidak begitu baik, saya dengan berat hati terpaksa menolak undangan itu, kerana rasanya saya tidak mampu untuk pergi ke Kuala Tungkal yang saya rasakan agak jauh dari Malaysia.
Untuk pergi ke Kuala Tungkal, saya dikatakan mula-mula perlu pergi ke Batam, kemudian ke Jambi, dan lepas itu baru pergi ke Kuala Tungkal. Mungkin bagi orang lain tidak begitu jauh. Tapi saya rasakan jauh apabila saya hubungkan dengan kondisi kesihatan saya yang tidak begitu baik.

Monday, September 15, 2014
Keluarga dari Malaysia dan Kalsel saling berkunjung
Sejak saya berkunjung ke Kalsel pada tahun 2008, perhubungan saya dengan keluarga di Kalsel boleh dikatakan telah rapat kembali.
Selepas itu saya berkunjung lagi ke Kalsel pada tahun 2009. Pada kali ini saya membawa adik sepupu dan saudara mara yang lain seramai 20 orang.
Pada tahun 2011, saya berkunjung ke Kalsel seorang diri kerana menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke-2. Kemudian pada bulan Mac tahun ini saya berkunjung lagi ke Kalsel bersama isteri saya.
Selepas kunjungan saya ke Kalsel pada tahun 2011, abang sepupu saya Ali telah berkunjung ke Kalsel dengan beberapa orang adiknya pada tahun 2012. Kemudian pada tahun 2013 pula adik sepupu saya Harun berkunjung ke Kalsel bersama isteri dan anak cucunya.
Di pihak keluarga saya di Kalsel pula telah berkunjung ke Malaysia sepupu saya Syahrudin dan Ilmi dengan isteri dan anak masing-masing. Kemudian diikuti oleh Khadijah adik Syahrudin bersama suaminya dan seorang kawannya.
Yang terakhir ialah Hajah Rodinah bersama suaminya Prof. Rasmadi. Mereka berkunjung ke Malaysia menjelang puasa tahun 2014 ini.
Sebelum itu, Hajah Rodinah dua kali menjemput saya datang ke Kalsel untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Hanya malangnya saya tidak dapat pergi, kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sunday, January 27, 2013
Perkahwinan cucu saudara di Banjar
Beberapa hari yang lalu seorang anak saudara saya di Banjar, atau lebih tepat di Banjar Baru, Kalsel mengundang saya sekeluarga untuk menghadiri perkahwinan anaknya (cucu saudara saya) pada 21 April 2013 yang akan datang.
Ini peluang bagus untuk melihat adat perkahwinan di Kalsel, di samping memungkinkan saya bertemu dengan saudara mara di Kalsel yang sebelum ini mungkin belum pernah saya temui dan kenali.
Akan tetapi, perbelanjaan untuk ke sana perlu diperhitungkan juga. Di samping itu, saya sudah merancang untuk pergi ke Jogja (sudah beli tiket dan booking hotel) pada 24 Mac yang akan datang dan mungkin akan menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke- pada awal April 2013.
Jadi adakah saya akan pergi Kalsel pada 21 April untuk menghadiri perkahwinan cucu saudara itu?

Monday, January 21, 2013
Kongres Budaya Banjar Ke-3 bulan April 2013?
Khabarnya Kongres Budaya Banjar Ke-3 akan diadakan pada bulan April tahun ini (2013).
Tapi bilakah tarikhnya yang pasti?
Apakah tema kongres tersebut?
Adakah orang Banjar dari luar Indonesia juga akan dijemput hadir?
Kami dari Malaysia masih belum tahu. Kami harap akan mendapat informasi mengenai hal tersebut tidak lama lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)