Tuesday, September 21, 2010

Festival Budaya Banjar

Yang di atas adalah salah satu poster terbaru tentang Festival Budaya Pasar Terapung 2010 yang akan diadakan di Banjarmasin mulai 26 September 2010 ini. Sayangnya saya tidak dapat pergi.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Diucapkan kepada keluarga, kawan dan kenalan, di Banjar dan di Malaysia, khasnya yang  kadang-kadang mengunjungi blog ini.

Jika ada yang hendak berkunjung ke rumah, jemputlah datang mulai hari raya ke-5.No.  tel. untuk dihubungi: 012-9331545

Wednesday, August 18, 2010

Tarian Banjar

Di kalangan orang Banjar di Kalsel  masih terdapat beberapa tarian yang menarik, yang mungkin boleh dianggap sebagai tarian tradisional. Salah satu daripadanya  ialah tarian Selamat Datang yang gambarnya   tertera di atas.

Pakaian Pengantin Banjar

Pakaian pengantin Banjar di  Banua memang sangat menarik. Gambar di atas adalah contohnya, yang rasanya tidak terdapat lagi di kalangan orang Banjar di Malaysia.

Kuih Bingka

Kuih bingka adalah salah satu kuih yang  sangat diminati di Banjar, sehingga dikatakan berbuka puasa tidak lengkap tanpa kuih bingka

Monday, August 16, 2010

Pengantin Banjar

Di Kalsel pengantin Banjar agaknya masih memakai pakaian  tradisional yang boleh dianggap sebagai pakaian khas pengantin Banjar, seperti dalam gambar di atas. Kelihatannya amat menarik. Pakaian yang demikian  mungkin sekali tidak ada  lagi di kalangan orang Banjar di perantauan, seperti  di Malaysia.

Saturday, August 7, 2010

Soto Banjar

Ketika berkunjung ke Kalsel kali pertama pada tahun 2008, saya tidak berpeluang menikmati soto Banjar, kerana keluarga yang saya kunjungi tidak menghidangkan soto Banjar di rumah mereka, dan mereka tidak juga membawa kami makan di restoran yang menjual soto Banjar.

Saya berpeluang menikmati soto Banjar buat kali pertama ketika  saya berkunjung ke Kalsel  pada tahun 2009 bersama rombongan keluarga, apabila seorang anak saudara saya menjamu saya  dan  rombongan  makan soto Banjar di rumahnya.

Bagaimanapun, ketika saya berkunjung ke Kalsel pada bulan April tahun ini bersempena menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke-2, saya terlepas peluang menikmati soto Banjar. Pada satu jamuan malam, memang ada dihidangkan soto Banjar. Akan tetapi, kerana  hendak cepat   mengambil makanan, saya terambil makanan lain,  dan terlupa ada Soto Banjar.

Thursday, August 5, 2010

Gadis Banjar memakai Sasirangan

Seorang gadis Banjar menggayakan baju batik Sasirangan.

Batik Banjar (Sasirangan)

Jika di Jawa ada Batik Jawa dan di Kelantan ada Batik Kelantan, di  Kalimantan Selatan juga ada "Batik Banjar" yang diberi nama  "Sasirangan". Gambar di atas menunjukkkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan isterinya  memakai baju batik Sasirangan.

Festival Seni Tari Se-Kalimantan Selatan 2010

Telah berlangsung pada 3 Ogos 2010. Satu program yang menarik. Sayang kami di Malaysia hanya mengetahuinya dari  jauh.

Aruh haul sudah berlangsung.

Aruh haul yang dianjurkan oleh PBM Bubuhan Bangi telah selamat berlangsung pada 3 Ogos 2010, di Bandar Baru Bangi. Khabarnya  tak berapa ramai  yang hadir masa pembacaan tahlil, tapi berduyun-duyung orang datang pada masa makan, selepas sembahyang isya, termasuk orang bukan Banjar. Bagaimanapun, tahniah kepada PBM Bangi kerana menganjurkan program ini.

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan ke Banjar

Khabarnya ada rombongan dari Perak akan mengadakan lawatan ke Banjarmasin pada bulan Disember 2010 yang akan datang. Akan tetapi, pesertanya dihadkan kepada 25 orang sahaja. Tidak diketahui sama ada sudah cukup orang atau belum.

Sementara itu, PBM telah membuat pengumuman melalui laman webnya akan mengadakan rombongan ke Banjar, sempena Festival Budaya Banjar pada bulan September ini. Mudah-mudahan jadi, walaupun barangkali saya tidak dapat turut serta.

Tuesday, August 3, 2010

Tukang gunting Banjar

Selama ini kebanyakan kedai gunting yang terdapat di bandar kecil dan sederhana terdiri daripada kedai gunting India (tukang guntingnya orang India). Kedai gunting Melayu tidak banyak, malah di setengah bandar langsung tak ada. Sekarang di Bandar Baru Bangi sudah ada  Kedai Gunting Rambut Kulaan 1, yang bererti kedai gunting orang Banjar.  Tahniah kepada PBM Bubuhan Bangi yang mengambil inisiatif membuka kedai gunting Banjar ini.

Aruh Bahaul, PBM BBB

 Aruh Bahaul di atas dianjurkan oleh PBM Bubuhan Bandar Baru Bangi. Selamat Datang Barataan.

Friday, July 30, 2010

Aruh Haul PBM


Sebagai sebuah pertubuhan yang mengamalkan "Islam tradisional" antara aktiviti utama Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM)  adalah mengadakan aruh  haul. Aruh haul ini dimulakan  oleh PBM bubuhan Bangi sejak beberapa tahun yang lalu. Pada tahun ini PBM  akan mengdakan aruh haul kira-kira seminggu sebelum puasa, iaitu pada 3 Ogos 2010, bertempat di Bandar Baru Bangi.

Thursday, July 29, 2010

Pengantin Banjar (2)

Ini satu lagi gambar pengantin Banjar di Kalsel. Pakaiannya sungguh menarik, tapi  pakaian seperti ini rasanya tidak terdapat  lagi di Malaysia.

Pengantin Banjar

Pengantin  Banjar berpakaian seperti ini sekarang  barangkali hanya terdapat di Kalsel, tapi tidak terdapat di Malaysia. Saya tidak tahu bagaimana pakaian pengantin Banjar di Riau atau di Sumut.

Wednesday, July 28, 2010

Di Jambatan Barito, 2009

Ketika berkunjung ke Kalsel kali ke-2 pada tahun 2009, saya dan rombongan di bawa berkunjung ke Jambatan Barito. Saya dan isteri bergambar  sekali lagi di jambatan tersebut sebagai kenang-kenangan.

Tuesday, July 20, 2010

Festival Budaya 2010 di Banjarmasin

Pada 25 hingga 27 September 2010 yang akan datang di Banjarmasin akan  berlangsung satu  acara budaya yang menarik, iaitu Festival Budaya: Pasar Terapung 2010.

Kalau  saya lama tidak ke Banjarmasin tentu saya akan pergi  ke Kalsel pada masa tersebut. Sayangnya  saya baru saja ke Banjarmasin pada bulan April yang lalu. Jadi  peluang untuk menonton acara budaya yang menarik ini  terpaksalah saya lepaskan.

Adakah orang Banjar yang lain dari Malaysia yang  berminat untuk mengikuti  acara tersebut?  Kalau ada, bagus juga membuat rombongan  ke Banjarmasin bersempena dengan Festival Budaya tersebut.

Tuesday, June 29, 2010

Gambar di Barabai (4)


Saya duduk di tengah, dengan M.Ilmi (adik sepupu, kanan sekali),  Kursani ( anak saudara, ke-2 dari kanan), Syaharudin (adik sepupu, ke-2 dari kiri) dan Maimunah (isteri, kiri sekali).

Sunday, June 27, 2010

Di Jambatan Barito


Ketika melawat Kalsel pada tahun 2008, saya dan isteri telah dibawa melawat ke Jambatan Barito, dan di situ kami  sempat bergambar dengan seorang keluarga di Banjar dan isterinya sebagai kenang-kenangan.

Monday, June 21, 2010

Di depan Hotel Batavia, Jakarta


Bergambar di depan Hotel Batavia, Jakarta, dalam perjalanan kembali dari Banjarmasin, Disember 2009

Dengan keluarga di Barabai (3)


Bergambar di rumah M.Ilmi di Pelajau, Barabai, dalam kunjungan ke Kalsel pada Disember 2009.

Dengan keluarga di Barabai(2)


Gambar saya dan isteri dengan adik sepupu saya M.Ilmi yang tinggal di Pelajau, Barabai. M.Ilmi ialah anak bungsu kepada Ningrat, anak nenek saya Aminah dengan suaminya yang pertama. Ningrat tidak ikut ke Malaysia apabila nenek saya Aminah  berhijrah ke Malaysia pada awal tahun 1920-an.

Thursday, June 17, 2010

Dengan keluarga di Banjarmasin (2)

Gambar ini juga diambil di Hotel Pesona bersama keluarga di Banjarmasin yang  datang menemui kami  setibanya kami di hotel tersebut.

Dengan keluarga di Banjarmasin

Keluarga di  Banjarmasin menemui kami di Hotel Pesona Banjarmasin ketika berkunjung ke Kalsel, Disember 2009.

Wednesday, June 16, 2010

Di rumah sepupu di Kelang

Tidak lama dahulu saya bersama isteri, anak, menantu dan cucu berkunjung ke rumah seorang sepupu saya di Kelang, selepas lama tidak berkunjung ke rumahnya. Pada hari itu adik lelakinya pun datang untuk bertemu dengan kami. Pertemuan itu memang satu pertemuan yang menggembirakan dan penuh kehangatan. Tapi  sekarang itu agaknya hanya tinggal kenangan.

Sunday, May 30, 2010

Dengan keluarga di Barabai

Gambar dengan Syaharudin (adik sepupu) dan isterinya ketika berkunjung ke rumah mereka di Kg.Bawan, Barabai, 2008

Tuesday, May 25, 2010

Di Jambatan Barito

Ketika   kali pertama ke Kalsel, tahun 2008, saya dibawa berkunjung ke Jambatan Barito yang dikatakan jambatan terpanjang di Kalimantan. Saya dan isteri  bergambar di atas jambatan tersebut.

Sunday, May 16, 2010

Di rumah Prof.Rasmadi, 2009

Gambar di Kalsel Disember 2009, di rumah Prof. Rasmadi.Saya di tengah, beliau di sebelah kanan.

Gambar di Kalsel 2008


Ketika  saya dan isteri berkunjung ke Kalsel buat kali yang pertama pada bulan Mac 2008, saya telah dapat bertemu dengan anak saudara saya Hajah Rodinah dan  suaminya Prof. H.Rasmadi, Rektor UNLAM.   Kami bergambar di hadapan rumah mereka sebagaimana  yang terlihat dalam gambar di atas

Perwakilan PBM ke Kongres Budaya Banjar 2


Gambar sebahagian  perwakilan PBM ke Kongres Budaya Banjar 2 di Banjarmasin pada 4-7 April 2010. Khabarnya perwakilan dari Malaysia  semuanya seramai 16 orang (Gambar dari website PBM).

Membentangkan kertas kerja di Kongres Budaya Banjar 2

Gambar saya (dua dari kiri) ketika membentangkan kertas kerja di Kongres Budaya Banjar 2 di Banjarmasin pada 6 April 2010.

Gambar dengan Pak Ramli Nawawi

Di atas ialah gambar saya dengan Bapak Ramli Nawawi, peneliti  sejarah dan nilai tradisional dari Yogya karta,  ketika  saya menghadiri Kongres Budaya Banjar 2 di Banjarmasin, 4- 7 April 2010. (Gambar dari blog Pak Ramli Nawawi)

Thursday, February 25, 2010

Akan ke Kalsel lagi

Saya tidak menduga Kongres Budaya Banjar Ke-2 akan diadakan begitu cepat, iaitu pada 4 hingga 7 April 2010  yang akan datang, sedangkan saya baru saja melakukan  lawatan ke Kalsel pada bulan Disember yang lalu.

Bagaimanapun, oleh kerana berminat menghadiri kongres itu, dan ada pula jemputan untuk membentangkan  kertas kerja, saya  mengambil keputusan akan berkunjung lagi  ke Kalsel pada tarikh tersebut.

Saya tentunya  akan terpaksa mengeluarkan wang yang agak juga. Bagaimanapun, saya  agak  gembira  kerana khabarnya ada beberapa "kemudahan" yang akan diberi kepada saya sebagai pembentang kertas kerja.

Thursday, February 18, 2010

Buku Kisah Keluarga Andin Amin

Saya telah mengedarkan  buku kecil, Kisah Keluarga Andin Amin yang saya tulis baru-baru ini kepada kawan-kawan saya  di Malaysia dan keluarga saya di Banjar dan Malaysia yang saya ketahui alamat lengkap mereka.

Buku ini masih ada beberapa naskhah dalam simpanan saya. Jadi kepada kawan-kawan dan keluarga yang belum memperolehinya, dan berminat untuk membacanya, silalah hubungi saya melalui HP (012-9331545) atau emel (el.salleh@gmail.com). Saya akan kirimkan berdasarkan  siapa cepat dia dapat.

Kulaan dari Banjar tidak jadi ke Malaysia

Tidak lama dahulu anak saudara saya di Kalsel, Hajah Rodinah dan adiknya Rohmadi memberitahu bahawa mereka akan ke Malaysia pada minggu ke-3 bulan Februari ini. Saya telah memberitahu saudara mara saya di Malaysia supaya bersama-sama menyambut mereka. Sudah saya aturkan siapa yang akan membawa mereka berjalan-berjalan ke Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka, Putrajaya dan tempat-tempat lain.

Tiba-tiba apabila saya hubungi Hajah Rodinah  melalui SMS pada minggu yang lalu, dia memberitahu bahawa mereka "belum ada langkah mahu ke Malaysia", dan mereka menangguhkan kepergian mereka ke Malaysia. Dia tidak menyebabkan sebab-sebabnya dengan lebih jelas mengapa dia membuat penangguhan itu.

Bagaimanapun, kami di Malaysia masih menunggu kedatangan mereka dan mengalu-alukan kedatangan mereka.

Friday, January 29, 2010

Buku "Urang Banjar di Langkat dan Tanah Deli"

Saya baru saja mendapat informasi yang agak pasti bahawa sebuah buku tentang orang Banjar di Sumut, bertajuk  Urang Banjar di Langkat dan Tanah Deli  telah diterbitkan beberapa tahun yang lalu. Penulisnya ialah Asr Fauzi MSi.

Saya tentu saja berminat untuk memperoleh dan membaca buku tersebut. Akan tetapi, setakat ini  tentu tidak mungkin, kerana saya pun tidak tahu di mana buku itu ada  di jual, dan sama ada masih ada di pasaran atau tidak.

Saya memang mengharapkan jika  ada orang Sumut yang sudi menghubungi saya tentang hal ini, walaupun tentunya saya tidaklah boleh berharap sangat.

Bagaimanapun, hal ini menimbulkan ilham pada saya untuk menulis buku  tentang "Urang Banjar di Tanah Melayu" pula,  iatu projek penulisan yang sudah lama difikirkan, tapi masih belum dapat dimulakan penulisannya.

Monday, January 25, 2010

Lawatan PBM ke Banjarmasin

Persatuan Banjar Malaysia (PBM) telah memaklumkan akan mengadakan lawatan ke Banjarmasin mulai 22 Mac 2010 ini.  Ini satu berita bagus. Setelah lama tidak membuat lawatan ke mana-mana tentu wajar sekali jika PBM menganjurkan  lawatan pada awal  tahun ini.

Bagaimanapun, saya tidak faham mengapa lawatan itu hanya 3 hari malam (agaknya 22 hingga 24 Mac saja). Kalau  3 hari 2 malam, saya rasa hanya "penat di jalan", kerana perjalanan ke Banjarmasin dari Malaysia, pergi dan balik, sudah memakan masa 2 hari. Jadi apa yang dapat dilihat 1 hari di Banjarmasin?

Selepas ini,  saya kira baik juga jika PBM dapat menganjurkan lawatan ke Tembilahan atau Sumut, iaitu dua empat yang ramai orang Banjar di Sumatera, dan bertemu dengan orang Banjar di  tempat itu.

Di samping itu, tidakkah PBM mempunyai mempunyai rancangan untuk mengadakan umrah ke Mekah dan Medinah? Alangkah bagusnya jika sesekali, atau kalau mungkin setahun sekali, PBM menganjurkan "Umrah bersama PBM"  misalnya.

Tuesday, January 19, 2010

Kisah Andin Amin

Sebenarnya banyak keluarga saya di Banjar yang tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali  aruah datuk saya Andin Amin, kerana Andin Amin telah meninggalkan Kalimantan Selatan dan berhijrah ke Malaysia lebih seratus tahun yang lalu.

Cucu dan cicit beliau di Malaysia juga banyak yang tidak pernah berjumpa dengan beliau dan tidak mengenali beliau.

Oleh itu, saya telah menulis draf buku kecil yang saya beri tajuk Kisah Andin Amin dengan tujuan untuk memperkenalkan siapakah Andin Amin. Dalam buku kecil ini saya ceritakan riwayat hidup Andin Amin, isterinya, anak-anaknya dan adik beradiknya.

Saya harap buku kecil ini ada manfaatnya untuk tatapan dan simpanan cucu cicit Andin Amin, di Malaysia dan di Kalimantan Selatan.

Buku kecil ini akan saya cetak secara fotokopi saja dan akan  saya berikan kepada cucu dan cicit Andin Amin yang berminat.