Insyaallah, saya dan rombongan akan sampai ke Banjarmasin pada 8 Disember 2009 dengan penerbangan petang. Kami menaiki pesawat Garuda dari Jakarta dan dijadualkan akan sampai pada pukul 4.30.
Telah direncanakan kami akan menginap di Hotel Pesona, Banjarmasin selama satu malam. Esoknya 9 Disember kami akan bertolak ke Barabai dan menginap di sana selama 2 malam. Dijangka kami akan menginap di Hotel Puspa.
Pada 11 Disember 2009 kami akan kembali ke Banjarmasin dan menginap di Hotel Pesona lagi selama satu malam sebelum berangkat ke Jakarta pada hari esoknya.
Kami ada acara bebas ( free atau tidak ada acara khusus) pada sebelah pagi 12 Disember 2009. Jika sempat, saya tentunya akan menggunakan sebahagian masa ini untuk mencari buku di Gramedia dan toko buku yang lain
Terima kasih kepada semua kulaan dan kenalan yang sudah membuat temujanji untuk bertemu dengan kami.
Sunday, November 29, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Akan berkunjung ke Barabai
Selama bertahun-tahun, puluhan tahun, saya hanya mengetahui dari jauh nama Barabai, sebuah kota sederhana di Kalsel yang berhampiran dengan kampung asal datuk dan nenek saya, Pajukungan.
Sehingga awal tahun 2005 atau 2006, saya belum terfikir untuk berkunjung ke kota tersebut dan ke kampung Pajukungan.
Saya ada merancang untuk ke Banjarmasin pada pertengahan tahun 2007, sempena Konferensi Antaruniversiti Borneo-Kalimantan yang akan diadakan di UNLAM. Tapi kerana beberapa halangan, saya tidak jadi pergi.
Bagaimanapun pada awal Mac 2008, saya bertekad untuk berkunjung ke Kalsel, tempat kelahiran dan tempat asal datuk nenek saya. Jadi dengan bantuan Sdr. Setia Budhi, dosen UNLAM yang sedang mengikuti program Ph.D di UKM dan setelah menghubungi keluarga saya di Kalsel, saya dan isteri telah berkunjung ke Kalsel dari 10 Mac hingga 15 Mac 2008.
Ketika di Kalsel saya berkesempatan berkunjung ke Barabai dan berjumpa dengan dua orang sepupu saya, M.Ilmi dan Syahruddin dan banyak saudara mara yang lain. Saya terkesan dengan sambutan mereka yang hangat dan mesra. Ini memang kunjungan yang berhasil dan membahagiakan.
Pada bulan Disember tahun ini, jika tiada apa-apa halangan, saya dan isteri akan berkunjung ke Barabai sekali lagi bersama rombongan keluarga lebih 20 orang.
Mengikut aturcara lawatan kami, kami akan berkunjung ke Barabai pada 9 Disember 2009. Kami dijangka sampai di Barabai pada sebelah petang dan akan menginap di sebuah hotel di Barabai (mungkin Hotel PUSPA) selama 2 malam. Kami akan meninggalkan Barabai pada pagi 11 Disember 2009 untuk meneruskan lawatan di Martapura dan Banjarmasin.

Subscribe to:
Posts (Atom)