Wednesday, September 12, 2007

Jika hubungan dengan penyelia bermasalah

Saya difahamkan salah satu sebab mengapa beberapa orang pelajar Banjar meninggalkan UKM adalah kerana hubungan mereka yang "bermasalah" dengan penyelia masing-masing.

Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan sebelum meninggalkan UKM.

Akan tetapi, sekiranya hubungan mereka dengan penyelia bermasalah, hal itu sepatutnya mereka maklumkan kepada pihak berwenang yang lebih "tinggi", seperti Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti.

Sekiranya mereka hanya mendiamkan diri, kemudian meninggalkan UKM, masalah yang timbul tentu tidak dapat diselesaikan. Dan adalah malang jika mereka merasa mereka adalah pihak yang telah dirugikan oleh sistem yang terpakai di UKM.

2 comments:

Unknown said...

Ada beberapa pendekatan yang boleh diambil sekirany keadaan ini terjadi:
1. Adakan perbincangan secara bersemuka dengan penyelia (masalah peringkat belum kritikal)
. tegakkan profesionalisme ketiga beracara dengan penyelia (ada penyelia kurang pengalaman walaupun berPhD)
2. Sekiranya memang sudah terlalau gawat, nytakan secara jelas: Saya ingin menarik diri dan bertukar penyeliaan(Ingat: masalah dengan penyelia dan masalah dengan penyeliaan wajar diliat dalam 2 pengertian berbeda).
3. Semua urusan dengan penyelia hendaknya berkorum, jangan berdua-duaan supaya ada kesaksian yang jelas.
4. Penringkatan: Bagi bakal pelajar hati-hati mengenalpasti penyelia; buat homework dulu tentang penyelia.
Wallahualam

Andin Salleh said...

Salam,

Terima kasih atas respons anda.

Saya harap tulisan anda ada manfaatnya untuk orang-orang Kalsel yang bercadang ke Malaysia atau telah mengikuti Program S2 dan S3 di Malaysia.

Mungkin ada perbezaan cara penyeliaan antara pembimbing di Malaysia dengan pembimbing di Indonesia. Ini pun elok dipelajari terlebih dahulu.

Satu perkara yang saya setuju, di Malaysia memang banyak pensyarah yang ada Ph.D. Tapi mereka yang relatif muda mungkin kurang berpengalaman menyelia calon S2 dan S3. Oleh itu, baik juga jika sebelum ke Malaysia anda membuat tinjauan terlebih dahulu siapakah bakal penyelia anda.