Thursday, November 1, 2007

Menulis buku "Orang Banjar di Malaysia"

Antara idea yang terlahir dari Kongres Budaya Banjar 1 di Banjarmasin (30 Oktober- 1November 2007) adalah tentang penulisan sejarah orang Banjar di perantauan, sama ada di Riau, Jawa, Malaysia dan tempat-temnpat lain. Idea ini diucapkan oleh perwakilan dari Riau, dan beliau bercadang untuk menulis buku tentang Orang Banjar di Riau.

Kebetulan sehingga kini belum ada buku tentang sejarah orang Banjar di Malaysia. Oleh itu idea ini saya kira wajar disambut juga oleh orang Banjar di Malaysia. Walaupun sudah terlambat, bagus sekali jika ada sesiapa orang Banjar di Malaysia yang menulis buku tentang orang Banjar di Malaysia pula.

Tidak lama dahulu memang ada berita bahawa salah seorang "orang besar PBM" sedang menulis buku tentang Orang Banjar di Johor. Akan tetapi buku tersebut rasanya belum terbit sehingga kini.

Sementara itu, yang kita perlukan ialah buku sejarah tentang perantauan orang Banjar ke Malaysia pada keseluruhannya. Kita perlukan buku tentang orang Banjar di Malaysia, khasnya di tempat yang banyak orang Banjar, iaitu di Perak, Selangor dan Johor, bukan di Johor sahaja.Siapa yang akan menulisnya?

4 comments:

PraizeTube.com said...

Kabar gembira!! Buat yang suka nulis-nulis, buat penulis muda, buat para blogger, buat temen2 yg hobi nulis tapi belum bisa buat buku, belum percaya diri, sekarang sudah ada medianya,

Penulis-Indonesia.com, kayak Friendster tapi khusus buat yang hobi nulis, penulis, pujangga, penulis naskah, blogger...

fasilitasnya juga cukup oke, lengkap dgn alamat pribadi untuk profil, blog, dan album...ada chatnya juga loh :)
Baru dibuka 1 Januari 2008 lalu, skrg membernya sudah 300an :) rame buanget loohh aktifitasnya!!

Cepetan gabung ya :)
di sini alamatnya :

Penulis-Indonesia.com atau tanpa tanda -
PenulisIndonesia.com

asakurayo toriyama said...

Assalmualaikum...
Saya Azrul Azlan menyokong penuh untuk membukukan masyarakat orang banjar di Malaysia.Ini membolehkan masyarakat Malaysia mengetahui salasilah orang banjar di Malaysia.Ini dapat membantu mempopularkan orang banjar di Malaysia.Diketahui orang banjar tidak seppopular orang jawa di malaysia.dengan ini kita perlu mempopularkan orang banjar iaitu keturunan nenek moyang kita.Apabila disebut sahaja orang BANJAR masyarakat malaysia sudah mangenaki....Sekian

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

assalamualaikum..kulaan.. sy pelajar IPTA ingin menyiapkan latiah ilmiah berkaitan masyarakat Banjar di Malaysia. teringin sangat nak buat.. tetapi sy kekurangan bahan untuk membuat kajian.. dihaharap sy dpt kerjasama dri pihak tuan utk meneruskan penulisan tesis berkaitan tajuk ini.

Arsyad Indradi said...

Asalamualaikum.
Rasa himung hati kawa manjangukiakan situs urang Banjar nang ada di banua urang (Malaysia. Mun kawa jua kulaan manjanguki situs http://sastrabanjar.blogspot.com disini siapa tahu ada nang patut hagan kula-kula.
Tarima kasih banyaklah kula.