Pada tahun 2005 yang lalu saya menyertai Konferensi Antar Universiti Borneo-Kalimantan Pertama yang diadakan di Kuching, Sarawak. Saya membentangkan kertas kerja mengenai migrasi orang Banjar yang saya beri tajuk "Dari Kalimantan Selatan ke Semenanjung Malaysia: Migrasi Orang Banjar pada Dua Zaman".
Kertas kerja itu telah saya kirimkan kepada dua tiga website tentang orang Banjar dan telah disiarkan dengan serta merta. Setelah itu, ia disiarkan semula oleh beberapa website lain, yang terbaru dalam website Al-Banjari dan Kulaan Banjar Net.
Kira-kira setahun yang lalu, Taufik Arbain, dosen UNLAM yang menjadi editor baru jurnal KANDIL dari Banjarmasin telah meminta persetujuan saya untuk memuatkan kertas kerja itu dalam jurnal tersebut.
Mengikut khabar terakhir dari Taufik Arbain melalui emel, jurnal KANDIL yang terbaru baru saja terbit, dan kertas kerja saya ada dimuatkan dalam jurnal itu.
Saya menanti kiriman jurnal itu daripada Taufik Arbain. Saya harap beliau akan segera mengirimkannya.
1 comment:
Salam Kulaan,
saya Mohd Fuad HJ Jaapar Ahli Majlis Presiden Pertubuhan Banjar Malaysia ingin berkenakan dengan lebih rapat lagi dengan ikam.
Post a Comment