Saturday, January 24, 2009

Mencari buku Sejarah Orang Banjar di Langkat dan Deli

Mengikut laporan akhbar Sinar Indonesia Baru, 1 Julai 2007, ketika Gabenur Kalsel melawat Langkat pada Jun 2007 dahulu, sebuah buku mengenai sejarah orang Banjar di Langkat dan Deli telah dipersembahkan kepada beliau.

Tajuk atau judul buku itu tidak dinyatakan, dan saya tidak tahu adakah buku itu ada dijual di mana-mana kedai buku.

Ketika saya berkunjung ke Medan baru-baru ini (17 dan 18 Janauri 2009), saya cuba mencarinya di toko buku Gramedia, tapi pekerja toko buku itu tidak mengetahuinya.

Bagi orang yang berminat untuk mengetahui sejarah dan keberadaan orang Banjar di Sumut seperti saya, buku itu tentu saja penting saya perolehi.

Jadi adakah sesiapa yang boleh membantu saya untuk mendapatkan buku tersebut? Adakah buku tersebut masih ada dan boleh saya beli di mana-mana?

Saya boleh dihubungi di alamat berikut : emel: el.salleh@gmail.com. Tel. +6012-9331545)

5 comments:

Anonymous said...

seronok dapat jumpa log orag banjar...saya banjar jugak...ada ke kelab apa-apa tentang bangsa banjar ni?

Anonymous said...

salam kulaanku..

layari blog : http://krissauto.blogspot.com

Info Kalimantan Selatan said...

halluw salam kenal,,,
www.hatikecilku.co.cc

fahmi said...

Salam Kenal Ya dari Orang Kandangan, Banjarmasin

Andin Salleh said...

Sdra. Fahmi,

Terima kasih kerana sudi berkunjung di sini.

Bagaimana alamat emel sdra untuk saya hubungi?

Kalau sdra menjadi ahli facebook, kita boleh juga bertemu di situ.