Insyaallah, jika tiada apa-apa halangan, saya dan keluarga (kebanyakannya adik sepupu dan anak mereka) akan berkunjung ke Banjarmasin pada awal bulan Disember ini. Tarikhnya belum pasti, tapi tarikh yang saya pilih ialah 6 Disember 2009.
Pada mulanya yang hendak pergi bersama saya beberapa orang saja -- semuanya tidak sampai 10 orang. Jadi tempahan tiket kapal terbang boleh saya uruskan sendiri, begitu juga urusan yang lain.
Dengan bilangan yang kecil, saya rasa kami boleh menginap di rumah keluarga saja apabila berada di Banjarmasin nanti. Kami mungkin tidak perlu menginap di hotel.
Bagaimanapun, dalam sehari dua ini bilangan yang hendak pergi nampaknya sudah bertambah, sehingga hampir 20 orang. Ini menyebabkan saya perlu mendapatkan perkhidmatan travel agency untuk menguruskan lawatan kami.
Jika kami pergi seramai 20 orang , saya rasa tidaklah sesuai kami menginap di rumah keluarga, kerana tentunya akan menyusahkan mereka. Dengan itu, jalan keluarnya barangkali hanyalah menginap di hotel.
Mudah-mudahan kami dapat berkunjung ke Banjarmasin sebagaimana yang direncanakan.
2 comments:
Assalamualaikum abang..
Yasmin ni.. ramai nye la pulak yang nak pegi.. heheh!! nak ikut gak pada mula nye..
Awal disember tu pun kene pada hari jadi min.. InsyaAllah sabtu ni, min anak beranak nak pegi ziarah maktua, kalau berkesempatan, sampai lah nanti kerumah abang... nak beraya!!!
Cakp ngan akak masak sedap2.. ehehe!! whatever it is i will confirm ok.. will call u or sms u later on.. min nak pakat ngan anak2 dulu...
kem salam pada semua dirumah..
salam..
Salam
Kepada Yasmin,
Datanglah Sabtu ni, tapi harap telefon lebih dulu.
Kalau masih nak ikut ke Banjar, masih ada tempat kosong.
Post a Comment