Selama bertahun-tahun, puluhan tahun, saya hanya mengetahui dari jauh nama Barabai, sebuah kota sederhana di Kalsel yang berhampiran dengan kampung asal datuk dan nenek saya, Pajukungan.
Sehingga awal tahun 2005 atau 2006, saya belum terfikir untuk berkunjung ke kota tersebut dan ke kampung Pajukungan.
Saya ada merancang untuk ke Banjarmasin pada pertengahan tahun 2007, sempena Konferensi Antaruniversiti Borneo-Kalimantan yang akan diadakan di UNLAM. Tapi kerana beberapa halangan, saya tidak jadi pergi.
Bagaimanapun pada awal Mac 2008, saya bertekad untuk berkunjung ke Kalsel, tempat kelahiran dan tempat asal datuk nenek saya. Jadi dengan bantuan Sdr. Setia Budhi, dosen UNLAM yang sedang mengikuti program Ph.D di UKM dan setelah menghubungi keluarga saya di Kalsel, saya dan isteri telah berkunjung ke Kalsel dari 10 Mac hingga 15 Mac 2008.
Ketika di Kalsel saya berkesempatan berkunjung ke Barabai dan berjumpa dengan dua orang sepupu saya, M.Ilmi dan Syahruddin dan banyak saudara mara yang lain. Saya terkesan dengan sambutan mereka yang hangat dan mesra. Ini memang kunjungan yang berhasil dan membahagiakan.
Pada bulan Disember tahun ini, jika tiada apa-apa halangan, saya dan isteri akan berkunjung ke Barabai sekali lagi bersama rombongan keluarga lebih 20 orang.
Mengikut aturcara lawatan kami, kami akan berkunjung ke Barabai pada 9 Disember 2009. Kami dijangka sampai di Barabai pada sebelah petang dan akan menginap di sebuah hotel di Barabai (mungkin Hotel PUSPA) selama 2 malam. Kami akan meninggalkan Barabai pada pagi 11 Disember 2009 untuk meneruskan lawatan di Martapura dan Banjarmasin.
5 comments:
semoga acara lawatan nya sukses sampai tujuan...
salam dari banjarbaru
Mudah jadi ke Kal Sel,ulun tunggu pian beserta keluarga di banjarmasin,tp semua keluarga ulun banyak di Barabai
Salam Sdr.Rizal Islami,
Terima kasih atas perhatian sdr.
Lawatan kami ke Kalsel hanya lima hari empat malam --dua malam di Banjarmasin, dan dua malam di Barabai.
Di Barabai paling kurang ada 2 rumah yang akan kami kunjungi (rumah sepupu saya dan anak saudara). Mereka sudah diberitahu dan akan menunggu kami. Keluarga kami pun banyak di Barabai, khasnya di kampung Pajukungan.
Di Banjarmasin pula sudah diaturkan ada 3 rumah keluarga yang akan kami kunjungi. Tapi masanya terbatas sekali. Mungkin hanya pada waktu malam kami dapat berkunjung ke rumah mereka.
Salam Sdr.Baburinix,
Saya sambut salam saudara dengan senang hati. Terima kasih.
Di Banjarbaru kami mungkin berkunjung ke rumah peribadi Prof.Rasmadi, Rektor (Mantan Rektor(?) UNLAM, anak saudara saya.
salam, baru terjumpa blog banjar ni. saya pun anak banjar juga. salam kulaan.
Post a Comment