Saya sudah dua kali berkunjung ke Banjar. Kali pertama, Mac 2008, saya pergi berdua dengan isteri saya. Kali kedua, Disember 2009, saya membawa rombongan keluarga seramai 24 orang, yang terdiri daripada beberapa orang adik sepupu dan anak-anak mereka dan juga mak cik serta pakcik saya.
Jika keadaan mengizinkan, saya ingin pergi lagi ke Banjar dengan rombongan orang-orang Banjar pada masa hadapan. Caranya tidaklah begitu sukar. Kalau ada kira-kira 25 orang hingga 30 orang yang mahu pergi bersama, kita boleh mencari mana-mana travel agency yang boleh menguruskan lawatan kita. Di sana juga ada pemandu pelancong Banjar yang boleh membawa kita ke mana-mana. Adakah sesiapa yang berminat?
3 comments:
Assalamualaikum,
Saya teruja setelah membaca lawatan tuan ke Banjarmasin baru-baru ini. Saya juga berhajat untuk menyertai rombongan jika ada lagi lawatan ke sana. Saya juga orang banjar. Datuk saya berasal dari Kampung Sungai Rangas, Pantai Hambawang, Borneo Kalimantan.
Salam Sdr.Shapiai,
Jika cukup orang (minimum 25 orang) saya boleh menolong mengaturkan lawatan ke Banjar pada masa cuti sekolah bulan Jun 2010 nanti. Silalah berhubung lagi kemudian. Saya juga akan memaklumkan tentang hal ini dalam website Ayuhak Bapandir dan facebook Kulaan Banjar dari masa ke masa.
Salam. .Masih aktif mengurus pelancung ke banjarmasin?
Post a Comment