Selain daripada Malaysia (atau Semenanjung Malaysia) Tembilahan di Inderagiri Hilir, Sumatera barangkali adalah satu tempat di luar Kalimantan Selatan (Kalsel) di mana terdapat ramai orang Banjar.
Migrasi orang Banjar ke Tembilahan barangkali berlaku lebih kurang semasa dengan migrasi mereka ke Malaysia. Ramai juga orang Banjar dari Tembilahan yang kemudian berhijrah lagi ke Malaysia, tapi sebahagian yang kebih besar terus menetap di Tembilahan..
Dalam dua tiga tahun terakhir ini ada juga orang Banjar dari Malaysia yang berkunjung ke Tembilahan untuk menemui keluarga mereka yang tinggal di tempat tersebut. Tapi mungkin kurang sekali orang Banjar dari Tembilahan yang berkunjung ke Malaysia.
Sebagaimana yang saya nyatakan dalam posting terdahulu, seorang sepupu perempuan aruah datuk saya ( Andin Amin) bernama Hj.Sarimbun telah berhijrah dari Banjar ke Tembilahan dan dipercayai telah tinggal di tempat tersebut sehinggalah dia meninggal dunia.
Saya percaya Hj. Sarimbun tentu ada anak dan cucu. Tapi siapakah mereka? Dan bagaimanakah hendak mencari dan menghubungi mereka? Saya tidak tahu.
Saya mengharapkan, jika anak cucu Hj.Sarimbun terbaca blog saya ini, mereka akan sudi menghubungi saya. Tapi sehingga ini nampaknya belum ada khabar dari mereka.
(Mohamed Salleh Lamry. Emel: el.salleh@gmail.com. Telefon: 6012-9331545)
9 comments:
Saya senang sekali mendengar kisah urang Banjar di Malaysia dan di Tembilahan saling kunjung-mengunjungi. Walaupun sebelumnya saling kontak di dunia maya / blog. Semoga urang Banjar terus berjaya.
Saya ada informasi untuk Kulaan Banjar sekalian. Insyaallah awal tahun 2009 ini akan ada Aruh Blogger di Banjarmasin. Aruh ini sebagai tempat bertemunya blogger Kalsel / Banjar baik yang ada di Banua maupun yang ada di Rantau.
Kami sangat senang jika semua Kulaan Banjar yang ada di Rantau dapat turut hadir memeriahkan acara ini.
Saat ini telah terbentuk komunitas blogger Banjar, yakni;
www.kayuhbaimbai.org
www.kasturibanjar.org
dan
www.pahuluan.org
Salam badangsanakan.
Salam,
Terima kasih kerana memaklumkan tentang Aroh Blogger itu.Saya akan memanjangkan maklumat itu kepada teman-teman blogger di Malaysia.
semoga suatu waktu saya bs berkunjung ke Malaysia..
just for holiday or study :)
Salam Sdr. Rina,
Di Malaysia banyak orang Banjar.Ikam kadakah kulaan di Malaysia?
ulun handak banar bailang ka tambilahan, bahari aruah ninik ada mambuka kampong di tambilahan ngaran nya kg haji sarif,
ulun ni cucu yang badiam di tanjong karang salangor malaysia. kapingin banar tahaga kulaan di situk..amun ada kulaan yg tahuk, hingkat lah baucuran.. tulis jak ka :halimshari@gmail.com
SAYA ORANG BANJAR. INGIN MENCARI KULAAN DI TANJUNG KARANG. AYAH SAYA INGIN MENCARI KELUARGA SEBELAH AYAHNYA. BERNAMA ARWAH HJ YUSOP BIN HJ ABD RAHMAN YANG BERASAL DI TANJUNG KARANG. SESIAPA YANG KENAL, SILA BALAS DI EMAIL SAYA MOHDSOFEE@GMAIL.COM
Ulun bukan urang banjar, 2th di tbh tp ga bs bs banjar Hehehe, . . .
Kesian banget ya yang keluarganya terpisah2. Alhamdulillah keluarga ulun tekumpulan haja. Paling jauh di kalteng haja.
Moga pian2 capat batamuan wan keluarganya.
Semoga saudara-saudara Bapak bisa membaca blog ini dan inshaAllah dipertemukan kembali.
Salam,
Aini
Post a Comment