Friday, July 30, 2010

Aruh Haul PBM


Sebagai sebuah pertubuhan yang mengamalkan "Islam tradisional" antara aktiviti utama Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM)  adalah mengadakan aruh  haul. Aruh haul ini dimulakan  oleh PBM bubuhan Bangi sejak beberapa tahun yang lalu. Pada tahun ini PBM  akan mengdakan aruh haul kira-kira seminggu sebelum puasa, iaitu pada 3 Ogos 2010, bertempat di Bandar Baru Bangi.

Thursday, July 29, 2010

Pengantin Banjar (2)

Ini satu lagi gambar pengantin Banjar di Kalsel. Pakaiannya sungguh menarik, tapi  pakaian seperti ini rasanya tidak terdapat  lagi di Malaysia.

Pengantin Banjar

Pengantin  Banjar berpakaian seperti ini sekarang  barangkali hanya terdapat di Kalsel, tapi tidak terdapat di Malaysia. Saya tidak tahu bagaimana pakaian pengantin Banjar di Riau atau di Sumut.

Wednesday, July 28, 2010

Di Jambatan Barito, 2009

Ketika berkunjung ke Kalsel kali ke-2 pada tahun 2009, saya dan rombongan di bawa berkunjung ke Jambatan Barito. Saya dan isteri bergambar  sekali lagi di jambatan tersebut sebagai kenang-kenangan.

Tuesday, July 20, 2010

Festival Budaya 2010 di Banjarmasin

Pada 25 hingga 27 September 2010 yang akan datang di Banjarmasin akan  berlangsung satu  acara budaya yang menarik, iaitu Festival Budaya: Pasar Terapung 2010.

Kalau  saya lama tidak ke Banjarmasin tentu saya akan pergi  ke Kalsel pada masa tersebut. Sayangnya  saya baru saja ke Banjarmasin pada bulan April yang lalu. Jadi  peluang untuk menonton acara budaya yang menarik ini  terpaksalah saya lepaskan.

Adakah orang Banjar yang lain dari Malaysia yang  berminat untuk mengikuti  acara tersebut?  Kalau ada, bagus juga membuat rombongan  ke Banjarmasin bersempena dengan Festival Budaya tersebut.