Friday, October 31, 2014

Menghadiri seminar di Banjarmasin

Seorang kawan rapat dari Banjarmasin  bertanya  adakah saya akan ke Banjarmasin  tahun ini. Saya telah jawab rasanya tidak. Saya mungkin ke Kalsel tahun depan,  Mac atau April,  khasnya kalau ada apa-apa acara di Banjarmasin.

Sebenarnya saya suka berkunjung ke sana untuk menghadiri seminar atau persidangan  yang berkaitan dengan  budaya dan masyarakat Banjar. Tapi biasanya saya lambat tahu, dan hanya tahu setelah  sesuatu acara itu  berakhir.

Saya harap ada kawan-kawan di sana  yang  sudi  memberitahu saya jika ada acara yang demikian.

Rombongan dari Banjarmasin

Baru-baru ini satu rombongan dari Banjarmasin, seramai 19 orang, telah  berkunjung ke Malaysia. Ada di antaranya yang saya kenal dan pernah jumpa. Misalnya Pak Samad dan Pak Ary dari UNLAM.

Sayang kerana  beberapa halangan saya tidak dapat bertemu dengan mereka.

Bagaimanapun khabarnya mereka telah diberi sambutan yang sangat meriah di pelbagai tempat. Saya harap mereka pulang dengan kenangan manis atas sambutan kulaan di Malaysia.