Thursday, February 25, 2010

Akan ke Kalsel lagi

Saya tidak menduga Kongres Budaya Banjar Ke-2 akan diadakan begitu cepat, iaitu pada 4 hingga 7 April 2010  yang akan datang, sedangkan saya baru saja melakukan  lawatan ke Kalsel pada bulan Disember yang lalu.

Bagaimanapun, oleh kerana berminat menghadiri kongres itu, dan ada pula jemputan untuk membentangkan  kertas kerja, saya  mengambil keputusan akan berkunjung lagi  ke Kalsel pada tarikh tersebut.

Saya tentunya  akan terpaksa mengeluarkan wang yang agak juga. Bagaimanapun, saya  agak  gembira  kerana khabarnya ada beberapa "kemudahan" yang akan diberi kepada saya sebagai pembentang kertas kerja.

Thursday, February 18, 2010

Buku Kisah Keluarga Andin Amin

Saya telah mengedarkan  buku kecil, Kisah Keluarga Andin Amin yang saya tulis baru-baru ini kepada kawan-kawan saya  di Malaysia dan keluarga saya di Banjar dan Malaysia yang saya ketahui alamat lengkap mereka.

Buku ini masih ada beberapa naskhah dalam simpanan saya. Jadi kepada kawan-kawan dan keluarga yang belum memperolehinya, dan berminat untuk membacanya, silalah hubungi saya melalui HP (012-9331545) atau emel (el.salleh@gmail.com). Saya akan kirimkan berdasarkan  siapa cepat dia dapat.

Kulaan dari Banjar tidak jadi ke Malaysia

Tidak lama dahulu anak saudara saya di Kalsel, Hajah Rodinah dan adiknya Rohmadi memberitahu bahawa mereka akan ke Malaysia pada minggu ke-3 bulan Februari ini. Saya telah memberitahu saudara mara saya di Malaysia supaya bersama-sama menyambut mereka. Sudah saya aturkan siapa yang akan membawa mereka berjalan-berjalan ke Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka, Putrajaya dan tempat-tempat lain.

Tiba-tiba apabila saya hubungi Hajah Rodinah  melalui SMS pada minggu yang lalu, dia memberitahu bahawa mereka "belum ada langkah mahu ke Malaysia", dan mereka menangguhkan kepergian mereka ke Malaysia. Dia tidak menyebabkan sebab-sebabnya dengan lebih jelas mengapa dia membuat penangguhan itu.

Bagaimanapun, kami di Malaysia masih menunggu kedatangan mereka dan mengalu-alukan kedatangan mereka.