Wednesday, August 18, 2010

Tarian Banjar

Di kalangan orang Banjar di Kalsel  masih terdapat beberapa tarian yang menarik, yang mungkin boleh dianggap sebagai tarian tradisional. Salah satu daripadanya  ialah tarian Selamat Datang yang gambarnya   tertera di atas.

Pakaian Pengantin Banjar

Pakaian pengantin Banjar di  Banua memang sangat menarik. Gambar di atas adalah contohnya, yang rasanya tidak terdapat lagi di kalangan orang Banjar di Malaysia.

Kuih Bingka

Kuih bingka adalah salah satu kuih yang  sangat diminati di Banjar, sehingga dikatakan berbuka puasa tidak lengkap tanpa kuih bingka

Monday, August 16, 2010

Pengantin Banjar

Di Kalsel pengantin Banjar agaknya masih memakai pakaian  tradisional yang boleh dianggap sebagai pakaian khas pengantin Banjar, seperti dalam gambar di atas. Kelihatannya amat menarik. Pakaian yang demikian  mungkin sekali tidak ada  lagi di kalangan orang Banjar di perantauan, seperti  di Malaysia.

Saturday, August 7, 2010

Soto Banjar

Ketika berkunjung ke Kalsel kali pertama pada tahun 2008, saya tidak berpeluang menikmati soto Banjar, kerana keluarga yang saya kunjungi tidak menghidangkan soto Banjar di rumah mereka, dan mereka tidak juga membawa kami makan di restoran yang menjual soto Banjar.

Saya berpeluang menikmati soto Banjar buat kali pertama ketika  saya berkunjung ke Kalsel  pada tahun 2009 bersama rombongan keluarga, apabila seorang anak saudara saya menjamu saya  dan  rombongan  makan soto Banjar di rumahnya.

Bagaimanapun, ketika saya berkunjung ke Kalsel pada bulan April tahun ini bersempena menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke-2, saya terlepas peluang menikmati soto Banjar. Pada satu jamuan malam, memang ada dihidangkan soto Banjar. Akan tetapi, kerana  hendak cepat   mengambil makanan, saya terambil makanan lain,  dan terlupa ada Soto Banjar.

Thursday, August 5, 2010

Gadis Banjar memakai Sasirangan

Seorang gadis Banjar menggayakan baju batik Sasirangan.

Batik Banjar (Sasirangan)

Jika di Jawa ada Batik Jawa dan di Kelantan ada Batik Kelantan, di  Kalimantan Selatan juga ada "Batik Banjar" yang diberi nama  "Sasirangan". Gambar di atas menunjukkkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan isterinya  memakai baju batik Sasirangan.

Festival Seni Tari Se-Kalimantan Selatan 2010

Telah berlangsung pada 3 Ogos 2010. Satu program yang menarik. Sayang kami di Malaysia hanya mengetahuinya dari  jauh.

Aruh haul sudah berlangsung.

Aruh haul yang dianjurkan oleh PBM Bubuhan Bangi telah selamat berlangsung pada 3 Ogos 2010, di Bandar Baru Bangi. Khabarnya  tak berapa ramai  yang hadir masa pembacaan tahlil, tapi berduyun-duyung orang datang pada masa makan, selepas sembahyang isya, termasuk orang bukan Banjar. Bagaimanapun, tahniah kepada PBM Bangi kerana menganjurkan program ini.

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan ke Banjar

Khabarnya ada rombongan dari Perak akan mengadakan lawatan ke Banjarmasin pada bulan Disember 2010 yang akan datang. Akan tetapi, pesertanya dihadkan kepada 25 orang sahaja. Tidak diketahui sama ada sudah cukup orang atau belum.

Sementara itu, PBM telah membuat pengumuman melalui laman webnya akan mengadakan rombongan ke Banjar, sempena Festival Budaya Banjar pada bulan September ini. Mudah-mudahan jadi, walaupun barangkali saya tidak dapat turut serta.

Tuesday, August 3, 2010

Tukang gunting Banjar

Selama ini kebanyakan kedai gunting yang terdapat di bandar kecil dan sederhana terdiri daripada kedai gunting India (tukang guntingnya orang India). Kedai gunting Melayu tidak banyak, malah di setengah bandar langsung tak ada. Sekarang di Bandar Baru Bangi sudah ada  Kedai Gunting Rambut Kulaan 1, yang bererti kedai gunting orang Banjar.  Tahniah kepada PBM Bubuhan Bangi yang mengambil inisiatif membuka kedai gunting Banjar ini.

Aruh Bahaul, PBM BBB

 Aruh Bahaul di atas dianjurkan oleh PBM Bubuhan Bandar Baru Bangi. Selamat Datang Barataan.