Saturday, August 7, 2010

Soto Banjar

Ketika berkunjung ke Kalsel kali pertama pada tahun 2008, saya tidak berpeluang menikmati soto Banjar, kerana keluarga yang saya kunjungi tidak menghidangkan soto Banjar di rumah mereka, dan mereka tidak juga membawa kami makan di restoran yang menjual soto Banjar.

Saya berpeluang menikmati soto Banjar buat kali pertama ketika  saya berkunjung ke Kalsel  pada tahun 2009 bersama rombongan keluarga, apabila seorang anak saudara saya menjamu saya  dan  rombongan  makan soto Banjar di rumahnya.

Bagaimanapun, ketika saya berkunjung ke Kalsel pada bulan April tahun ini bersempena menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke-2, saya terlepas peluang menikmati soto Banjar. Pada satu jamuan malam, memang ada dihidangkan soto Banjar. Akan tetapi, kerana  hendak cepat   mengambil makanan, saya terambil makanan lain,  dan terlupa ada Soto Banjar.

1 comment:

Aboy said...

Saya beredarah banjar datuk nenek saya termasuk kedua ibubapa saya adalah banjar. Malangnya saya begitu cetek tentang budaya banjar dan berbahasa banjar seharian. Saya bersyukur kerana rupanya ada laman banjar di internate. Syabas kepada saudara yang mengendalikan laman ini. Teruskan usaha gigig dengan menambah banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.