Pada tahun 2007 yang lalu di Banjarmasin telah dilangsungkan Kongres Budaya Banjar 1. Saya dijemput hadir, tapi tidak dapat berkunjung ke Kalsel kerana ada halangan.
Saya difahamkan Kongres Budaya Banjar Ke-2 akan diadakan pada tahun 2010 yang akan datang (tinggal beberapa hari lagi). Saya berminat untuk hadir, dan berharap pihak panitia akan memberitahu saya tentag kongres itu apabila sampai masanya nanti.
Sunday, December 27, 2009
Thursday, December 24, 2009
Berombongan ke Banjar
Saya sudah dua kali berkunjung ke Banjar. Kali pertama, Mac 2008, saya pergi berdua dengan isteri saya. Kali kedua, Disember 2009, saya membawa rombongan keluarga seramai 24 orang, yang terdiri daripada beberapa orang adik sepupu dan anak-anak mereka dan juga mak cik serta pakcik saya.
Jika keadaan mengizinkan, saya ingin pergi lagi ke Banjar dengan rombongan orang-orang Banjar pada masa hadapan. Caranya tidaklah begitu sukar. Kalau ada kira-kira 25 orang hingga 30 orang yang mahu pergi bersama, kita boleh mencari mana-mana travel agency yang boleh menguruskan lawatan kita. Di sana juga ada pemandu pelancong Banjar yang boleh membawa kita ke mana-mana. Adakah sesiapa yang berminat?

Monday, December 21, 2009
Menulis dalam Pontianak Pos
Hari ini saya menulis dalam buku tamu akhbar Pontianak Pos untuk mencari keluarga saya di Kalbar, khasnya di Pontianak.
Saya tidak tahu akan mendapat respons atau tidak.
Akan tetapi, saya yakin tentu ada orang Banjar di Kalbar yang mengenali anak cucu Haji Mukhsen, keluarga yang saya cari. Jadi saya harap ada sesiapa yang sudi menghubungi saya.

Sunday, November 29, 2009
Kunjungan ke Banjarmasin
Insyaallah, saya dan rombongan akan sampai ke Banjarmasin pada 8 Disember 2009 dengan penerbangan petang. Kami menaiki pesawat Garuda dari Jakarta dan dijadualkan akan sampai pada pukul 4.30.
Telah direncanakan kami akan menginap di Hotel Pesona, Banjarmasin selama satu malam. Esoknya 9 Disember kami akan bertolak ke Barabai dan menginap di sana selama 2 malam. Dijangka kami akan menginap di Hotel Puspa.
Pada 11 Disember 2009 kami akan kembali ke Banjarmasin dan menginap di Hotel Pesona lagi selama satu malam sebelum berangkat ke Jakarta pada hari esoknya.
Kami ada acara bebas ( free atau tidak ada acara khusus) pada sebelah pagi 12 Disember 2009. Jika sempat, saya tentunya akan menggunakan sebahagian masa ini untuk mencari buku di Gramedia dan toko buku yang lain
Terima kasih kepada semua kulaan dan kenalan yang sudah membuat temujanji untuk bertemu dengan kami.

Wednesday, November 4, 2009
Akan berkunjung ke Barabai
Selama bertahun-tahun, puluhan tahun, saya hanya mengetahui dari jauh nama Barabai, sebuah kota sederhana di Kalsel yang berhampiran dengan kampung asal datuk dan nenek saya, Pajukungan.
Sehingga awal tahun 2005 atau 2006, saya belum terfikir untuk berkunjung ke kota tersebut dan ke kampung Pajukungan.
Saya ada merancang untuk ke Banjarmasin pada pertengahan tahun 2007, sempena Konferensi Antaruniversiti Borneo-Kalimantan yang akan diadakan di UNLAM. Tapi kerana beberapa halangan, saya tidak jadi pergi.
Bagaimanapun pada awal Mac 2008, saya bertekad untuk berkunjung ke Kalsel, tempat kelahiran dan tempat asal datuk nenek saya. Jadi dengan bantuan Sdr. Setia Budhi, dosen UNLAM yang sedang mengikuti program Ph.D di UKM dan setelah menghubungi keluarga saya di Kalsel, saya dan isteri telah berkunjung ke Kalsel dari 10 Mac hingga 15 Mac 2008.
Ketika di Kalsel saya berkesempatan berkunjung ke Barabai dan berjumpa dengan dua orang sepupu saya, M.Ilmi dan Syahruddin dan banyak saudara mara yang lain. Saya terkesan dengan sambutan mereka yang hangat dan mesra. Ini memang kunjungan yang berhasil dan membahagiakan.
Pada bulan Disember tahun ini, jika tiada apa-apa halangan, saya dan isteri akan berkunjung ke Barabai sekali lagi bersama rombongan keluarga lebih 20 orang.
Mengikut aturcara lawatan kami, kami akan berkunjung ke Barabai pada 9 Disember 2009. Kami dijangka sampai di Barabai pada sebelah petang dan akan menginap di sebuah hotel di Barabai (mungkin Hotel PUSPA) selama 2 malam. Kami akan meninggalkan Barabai pada pagi 11 Disember 2009 untuk meneruskan lawatan di Martapura dan Banjarmasin.

Wednesday, October 28, 2009
Mencari Haji Mokhsen (di Pontianak) dan Hajah Sarimbun (di Tembilahan)
Dalam usaha saya mencari keluarga saya di Indonesia, ada dua orang yang dari segi hubungan kekeluargaan sebenarnya "masih dekat," tetapi masih belum berjaya saya kesan atau temui: pertama, Haji Mokhsen (atau Haji Husin(?) di Pontianak dan kedua, Hajah Sarimbun di Tembilahan.
Nama mereka hanya saya ketahui baru-baru ini. Jadi barangkali memang sudah terlambat, atau terlalu lewat saya ketahui. Kerana itu memang begitu sukar untuk mengesan mereka.
Haji Mokhsen ialah anak Andin Mat Saat, abang datuk saya, Andin Amin, yang kedua-duanya berasal dari kampung Pajukungan, Barabai (dahulu masuk dalam wilayah pentadbiran Kandangan). Haji Mokhsen merantau ke Pontianak dan dikatakan terkenal sebagai seorang kaya di kota itu. Dikatakan ada "parit"(?) di kota itu yang dinamakan dengan nama beliau.
Haji Mokhsen telah meninggal dunia, tetapi saya kira beliau tentu ada meninggalkan anak dan cucu. Siapakah nama anak dan cucu beliau? Inilah yang belum saya ketahui.
Hajah Sarimbun pula ialah sepupu kepada datuk saya Andin Amin, dan berhijrah dari Kalsel ke Tembilahan. Mungkin beliau berhijrah ke Tembilahan lebih awal daripada Andin Amin berhijrah ke Malaysia. Tidak diketahui siapa nama suaminya.
Semasa hidupnya, Hajah Sarimbun dikenal dengan kewarakannya, kerana dia dikatakan berpuasa selama 3 bulan (Rejab, Syakban dan Ramadan) berturut-turut pada tiap-tiap tahun.
Hajah Sarimbun juga dipercayai telah meninggal dunia. Tapi siapakah nama anak dan cucunya, jika ada?
Saya ingin tahu. Dan saya sangat berharap jika ada sesiapa yang mengenali mereka, yang boleh memaklumkan hal tersebut kepada saya.

Thursday, October 8, 2009
Perubahan tarikh ke Banjarmasin
Atas saranan travel agency pengendali lawatan kami, tarikh lawatan kami akan diubah kepada 8 Disember hingga 14 Disember. Kami akan pergi hari Selasa dan balik hari Isnin. Jadi masih 7 hari 6 malam.
Mengikut rancangan, kami akan berada di Banjar selama 4 malam, dan selepas itu di Jakarta selama 2 malam.
Jadi melawat keluarga di Banjar dan shopping di Jakarta.
Bagaimanapun, beberapa orang daripada anggota rombongan akan balik ke Malaysia selepas melawat Banjarmasin dan Barabai, dan tidak mengikuti program lawatan di Jakarta, dua malam yang terakhir.
Program silaturahim menemui keluarga ialah pada hari ketiga dan keempat. Kami akan ke Barabai pada hari ketiga dan bermalam di Barabai satu malam. Petang hari esoknya, hari keempat, kami akan pulang ke Banjarmasin, selepas makan tengahari.
Siapa yang akan menemui kami di Barabai?

Monday, October 5, 2009
Ramainya yang hendak pergi ke Banjarmasin
Insyaallah, jika tiada apa-apa halangan, saya dan keluarga (kebanyakannya adik sepupu dan anak mereka) akan berkunjung ke Banjarmasin pada awal bulan Disember ini. Tarikhnya belum pasti, tapi tarikh yang saya pilih ialah 6 Disember 2009.
Pada mulanya yang hendak pergi bersama saya beberapa orang saja -- semuanya tidak sampai 10 orang. Jadi tempahan tiket kapal terbang boleh saya uruskan sendiri, begitu juga urusan yang lain.
Dengan bilangan yang kecil, saya rasa kami boleh menginap di rumah keluarga saja apabila berada di Banjarmasin nanti. Kami mungkin tidak perlu menginap di hotel.
Bagaimanapun, dalam sehari dua ini bilangan yang hendak pergi nampaknya sudah bertambah, sehingga hampir 20 orang. Ini menyebabkan saya perlu mendapatkan perkhidmatan travel agency untuk menguruskan lawatan kami.
Jika kami pergi seramai 20 orang , saya rasa tidaklah sesuai kami menginap di rumah keluarga, kerana tentunya akan menyusahkan mereka. Dengan itu, jalan keluarnya barangkali hanyalah menginap di hotel.
Mudah-mudahan kami dapat berkunjung ke Banjarmasin sebagaimana yang direncanakan.

Thursday, August 13, 2009
Bertemu kawan dan kenalan
Saya tidak tahu berapa ramai keluarga dan kenalan saya di Kalsel yang membaca blog saya ini.
Akan tetapi, sebagai satu cara kita berkomunikasi, saya ingin memaklumkan bahawa saya dan 5 orang adik sepupu saya bercadang akan berkunjung ke Banjar pada awal bulan Disember nanti. Tarikhnya belum pasti, tapi mungkin antara 5 Disember hingga 12 Disember 2009.
Di samping melawat beberapa tempat yang menarik, seperti Pasar Terapung dll, tujuan saya berkunjung ke Banjar pada kali ini tentu saja untuk bertemu dengan keluarga dan kenalan saya, lama dan baru.
Ketika berkunjung ke Banjar pada Mac 2008, saya terutamanya dapat berjumpa dengan kaum keluarga saja, tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertemu dengan kawan dan kenalan.
Mungkin dalam lawatan pada bulan Disember nanti saya mempunyai waktu yang agak mencukupi untuk bertemu dengan kawan dan kenalan, di samping bertemu kembali dengan kaum keluarga saya.
Salam dari Malaysia.
Alamat perhubungan saya: a) Emel:el.salleh@gmail.com, b) HP: 6012-9331545

Friday, August 7, 2009
Lawatan PBM ke Banjarmasin
Persatuan Banjar Malaysia (PBM) ada merancang untuk melakukan lawatan ke Banjarmasin pada awal Jun yang lalu. Lawatan itu dirancang bersempena dengan Festival Banjarmasin Bungas yang akan diadakan dari 6 hingga 10 Jun 2009.
Bagaimanapun, Festival itu dikatakan ditangguhkan. Jadi lawatan itu juga ditangguhkan ke masa yang lain.
Pada hari ini saya menghubungi Hj.Idris, Timbalan Pengerusi PBM untuk bertanya mengenai lawatan itu -- sama ada ditangguhkan atau dibatalkan terus, kerana setakat ini tidak ada khabar berita tentang Festival itu.
Saya diberitahu bahawa lawatan itu tetap akan diadakan, mungkin pada bulan September, selepas Hari Raya Puasa. Hj.Idris akan menguruskan lawatan itu tanpa menggunakan mana-mana perkhidmatan travel agensi.
Masalahnya barangkali belum ramai orang yang akan menyertai lawatan itu. Ini antara lain kerana publisiti tentang lawatan itu pun boleh dikatakan kurang sekali.

Monday, August 3, 2009
Akan Berkunjung ke Banua
Kira-kira 4 bulan yang lalu, ketika menghadiri majlis perkahwinan anak adik sepupu saya Yasmin di Kelang, saya telah bertemu dengan seorang lagi adik sepupu saya, Harun.
Harun begitu bertarik ketika mengetahui saya telah berkunjung ke Banua (ke Kalsel) pada bulan Mac 2008, dan ingin berkunjung juga ke Banua. Oleh itu, setelah berbincang secara ringkas, kami mengambil keputusan akan pergi bersama-sama pada awal September, kira-kira seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.
Malangnya, setelah saya cek kalendar, awal September masih dalam penggal persekolahan, dan saya tidak boleh pergi meninggalkan cucu yang berada dalam jagaan saya. Oleh itu saya hanya boleh pergi ke Banua selepas Hari Raya Haji nanti, dalam cuti panjang sekolah pada akhir tahun.
Ketika berjumpa dengan Harun di rumah Mak Cik Asiah di Country Home baru-baru ini, kami telah bersetuju akan pergi ke Banua pada tarikh yang baru itu. Jadi kalau tiada apa-apa halangan kami akan pergi ke Banua mulai 5 Disember nanti, dan akan pulang ke Malaysia pada 12 Disember 2009.
Yang sudah menyatakan akan pergi ialah saya dan isteri (berdua), Harun dengan isteri dan seorang anaknya (bertiga), dan seorang sepupu saya, Meli dengan ibunya (berdua). Jadi sekarang sudah ada 7 orang.
Saya bercadang akan pergi secara rombongan, sekurang-kurangnya 10 orang dan maksimum 15 orang. Jadi saya mengalu-alukan saudara mara saya yang lain, yang hendak pergi bersama. Jemputlah hubungi saya sebelum akhir September ( el.salleh 012-9331545)

Saturday, January 24, 2009
Mencari buku Sejarah Orang Banjar di Langkat dan Deli
Mengikut laporan akhbar Sinar Indonesia Baru, 1 Julai 2007, ketika Gabenur Kalsel melawat Langkat pada Jun 2007 dahulu, sebuah buku mengenai sejarah orang Banjar di Langkat dan Deli telah dipersembahkan kepada beliau.
Tajuk atau judul buku itu tidak dinyatakan, dan saya tidak tahu adakah buku itu ada dijual di mana-mana kedai buku.
Ketika saya berkunjung ke Medan baru-baru ini (17 dan 18 Janauri 2009), saya cuba mencarinya di toko buku Gramedia, tapi pekerja toko buku itu tidak mengetahuinya.
Bagi orang yang berminat untuk mengetahui sejarah dan keberadaan orang Banjar di Sumut seperti saya, buku itu tentu saja penting saya perolehi.
Jadi adakah sesiapa yang boleh membantu saya untuk mendapatkan buku tersebut? Adakah buku tersebut masih ada dan boleh saya beli di mana-mana?
Saya boleh dihubungi di alamat berikut : emel: el.salleh@gmail.com. Tel. +6012-9331545)

Wednesday, January 7, 2009
Surat Tasrin Wijaya (tentang orang Banjar Sumut)
Pada bulan November 1997saya menerima surat daripada Tasrin Wijaya yang beralamat Jalan Muhajir No.100, Kelurahan Belawan Bahagia, Kecamatan Medan Kota Belawan, 20412 Kodya Medan.
Dia seorang Jawa, tetapi beristeri orang Banjar. Dia bekerja sebagai pegawai sebuah perusahaan swasta yang bergerak dalam bidang import-eksport di Pelabuhan Belawan. Dia juga banyak bergerak dan berperan secara aktif dalam kegiatan kemasyarakatan, antaranya agaknya dalam Lembaga Kebudayaan Swadiri Indonesia (LAKSWI).
Ayah mertuanya katanya berasal dari Barabai dan telah meninggal dunia.Semasa hidupnya ayah mertuanya adalah seorang guru agama yang terkenal dan mempunyai murid yang ramai dari kalangan orang Banjar di Sumut.
Dalam suratnya yang bertarik 13 November 1997, dia banyak memberi informasi tentang orang Banjar di Sumut. Antaranya:
1. Kebanyakan orang Banjar di Sumut berasal dari Barabai dan Kandangan.
2. Mereka tinggal secara berkelompok di daerah pantai dengn mata pencarian kebanyakannya sebagai petani.
3. Desa atau kecamatan yang banyak terdapat suku Banjar, yang berdekatan dengan Medan Kota Belawan adalah seperti berikut:
a)Kecamatan Karang Gading
b)Desa Telaga Tujuh
c) Desa Paloh Makna
d) Desa Paloh Kurau (Batang Serai)
e) Kecamatan Hamparan Perak ( di setiap desa dan kecamatan tersebut ada kira-kira 75 persen orang suku Banjar).
Di kawasan lain di luar kota Medan (sekitar 35 - 40 km dari Medan), kawasan yang juga banyak orang Banjar ialah:
a) Kecamatan Pantai Cermin
b) Kecamatan Perbaungan ( dalam Kabupaten Deli Serdang).
Surat Tasrin masih saya simpan. Tapi sayang hubungan saya dengannya telah terputus begitu lama. Adakah beliau masih ingat pada saya?

Saturday, January 3, 2009
Orang Banjar di Sumatera Utara (Sumut)
Saya sudah lama tahu bahawa Sumut adalah satu lagi tempat di luar Kalsel di mana ramai orang Banjar. Ini ialah kerana pada waktu saya budak-budak dahulu aruah datuk saya sebelah emak, Haji Ali pernah bercerita bahawa dia pernah tinggal dan bekerja di Deli, Sumut sebelum berhijrah dan menetap di Selangor, Malaysia. Bagaimanapun, maklumat yang memadai tentang orang Banjar di Sumut agak sukar saya perolehi.
Pada akhir tahun 1980-an atau awal 1990-an, ketika saya menyelia Sdr.Ardi, seorang pelajar sarjana yang berasal dari Medan, saya cuba mendapatkan maklumat tentang orang Banjar di Medan dan Sumut. Sebagai seorang Minang, beliau tidak tahu banyak tentang orang Banjar. Bagaimanapun, antara perwatakan orang Banjar yang menarik hatinya ialah orang Banjar katanya ialah orang yang tekun dan kuat bekerja. Seolah-olah bagi orang Banjar di Sumut "hidup ialah kerja".
Saya meminta beliau menerangkan kawasan atau perkampungan khusus yang pendududknya terdiri daripada orang Banjar, tapi beliau tidak begitu pasti, kerana orang Banjar katanya sudah hidup membaur atau bercampur dengan suku-suku lain.
Pada tahun 1997 saya pernah menyiarkan surat "mencari kenalan dan keluarga" di kalangan orang Banjar di Sumut dalam akhbar Waspada. Respons yang saya terima agak menggalakkan. Saya menerima tidak kurang daripada 20 pucuk surat daripada orang Banjar dari pelbagai tempat di Sumut. Tapi sebagaimana biasa, hubungan saya dengan mereka tidak berkekalan. Setelah berutus dan berbalas dua tiga surat, hubungan itu terputus begitu saja.
Di sekitar tahun 1997 juga saya pernah bertanya kepada Flores Tanjung, dosen IKIP Medan yang ketika itu mengikuti program sarjana di UKM jika beliau tahu ada kajian tentang orang Banjar di Sumut. Katanya, kalau tidak salah, ada seorang dosen IKIP Medan, bernama Bapak Sanusi pernah membuat kajian tentang orang Banjar. Tapi beliau tidak sempat menolong mendapatkan salinan laporan kajian itu, jika betul ada.
Selepas itu usaha saya untuk mendapatkan maklumat tentang orang Banjar di Sumut boleh dikatakan terhenti, kerana kesibukan yang lain, di samping saya pun agak lama tidak lagi berkunjung ke Sumut.
Pada tahun 2007, ketika saya teringat untuk mencari data tentang orang Banjar di Sumut di internet, saya tidak sangka saya akan mendapat maklunat yang berguna dalam website akhbar Sinar Indonesia Baru.
Keluaran 1 Julai 2007 akhbar itu melaporkan tentang kunjungan Gabenor Kalsel, Rudi Arifin ke Langkat untuk merasmikan Rumah Adat Banjar di Stabat pada hari Khamis 27 Jun 2007. Dalam laporan itu turut dicatatkan sedikit maklumat tentang orang Banjar di Sumut.
Antara maklumat penting yang tercacat dalam laporan itu ialah majlis perasmian itu dihadiri oleh kira-kira 70,000 orang Banjar. Turut hadir dan berucap ialah H.Syamsul Muarif, yang dikatakan sesepuh warga Banjar yang juga Ketua Korbin OKK DPP Partai Golkar.
Dalam laporan itu ada juga dinyatakan bahawa sebahagian besar orang Banjar di Langkat adalah bermata pencarian petani dan nelayan.
Di akhir laporan itu ada dinyatakan bahawa sebuah buku tentang sejarah keberadaan orang Banjar di Langkat dan Deli telah diserahkan kepada Gabenor Kalsel.
Jadi dari laporan akhbar Sinar Indonesia Baru, kita boleh menyimpulkan maklumat penting yang berikut:
a) Kabupaten Langkat ialah satu kawasan di Sumut di mana penduduknya ramai terdiri daripada orang Banjar.
b) Jumlah orang Banjar di Langkat tentu tidak kurang daripada 70,000 orang. (Jika semuanya hadir, jumlah mereka tentu lebih daripada itu).
c) H.Syamsul Muarif ialah seorang (salah seorang?) sesepuh atau tokoh Banjar di Sumut.
d) Kini telah ada buku sejarah tentang orang Banjar di Langkat dan Deli.
e) Adalah satu perkara yang menarik juga di Sumut telah ada Rumah Adat Banjar.

Friday, January 2, 2009
Orang Banjar di Tembilahan
Selain daripada Malaysia (atau Semenanjung Malaysia) Tembilahan di Inderagiri Hilir, Sumatera barangkali adalah satu tempat di luar Kalimantan Selatan (Kalsel) di mana terdapat ramai orang Banjar.
Migrasi orang Banjar ke Tembilahan barangkali berlaku lebih kurang semasa dengan migrasi mereka ke Malaysia. Ramai juga orang Banjar dari Tembilahan yang kemudian berhijrah lagi ke Malaysia, tapi sebahagian yang kebih besar terus menetap di Tembilahan..
Dalam dua tiga tahun terakhir ini ada juga orang Banjar dari Malaysia yang berkunjung ke Tembilahan untuk menemui keluarga mereka yang tinggal di tempat tersebut. Tapi mungkin kurang sekali orang Banjar dari Tembilahan yang berkunjung ke Malaysia.
Sebagaimana yang saya nyatakan dalam posting terdahulu, seorang sepupu perempuan aruah datuk saya ( Andin Amin) bernama Hj.Sarimbun telah berhijrah dari Banjar ke Tembilahan dan dipercayai telah tinggal di tempat tersebut sehinggalah dia meninggal dunia.
Saya percaya Hj. Sarimbun tentu ada anak dan cucu. Tapi siapakah mereka? Dan bagaimanakah hendak mencari dan menghubungi mereka? Saya tidak tahu.
Saya mengharapkan, jika anak cucu Hj.Sarimbun terbaca blog saya ini, mereka akan sudi menghubungi saya. Tapi sehingga ini nampaknya belum ada khabar dari mereka.
(Mohamed Salleh Lamry. Emel: el.salleh@gmail.com. Telefon: 6012-9331545)

Subscribe to:
Posts (Atom)