Saturday, January 3, 2009

Orang Banjar di Sumatera Utara (Sumut)

Saya sudah lama tahu bahawa Sumut adalah satu lagi tempat di luar Kalsel di mana ramai orang Banjar. Ini ialah kerana pada waktu saya budak-budak dahulu aruah datuk saya sebelah emak, Haji Ali pernah bercerita bahawa dia pernah tinggal dan bekerja di Deli, Sumut sebelum berhijrah dan menetap di Selangor, Malaysia. Bagaimanapun, maklumat yang memadai tentang orang Banjar di Sumut agak sukar saya perolehi.

Pada akhir tahun 1980-an atau awal 1990-an, ketika saya menyelia Sdr.Ardi, seorang pelajar sarjana yang berasal dari Medan, saya cuba mendapatkan maklumat tentang orang Banjar di Medan dan Sumut. Sebagai seorang Minang, beliau tidak tahu banyak tentang orang Banjar. Bagaimanapun, antara perwatakan orang Banjar yang menarik hatinya ialah orang Banjar katanya ialah orang yang tekun dan kuat bekerja. Seolah-olah bagi orang Banjar di Sumut "hidup ialah kerja".

Saya meminta beliau menerangkan kawasan atau perkampungan khusus yang pendududknya terdiri daripada orang Banjar, tapi beliau tidak begitu pasti, kerana orang Banjar katanya sudah hidup membaur atau bercampur dengan suku-suku lain.

Pada tahun 1997 saya pernah menyiarkan surat "mencari kenalan dan keluarga" di kalangan orang Banjar di Sumut dalam akhbar Waspada. Respons yang saya terima agak menggalakkan. Saya menerima tidak kurang daripada 20 pucuk surat daripada orang Banjar dari pelbagai tempat di Sumut. Tapi sebagaimana biasa, hubungan saya dengan mereka tidak berkekalan. Setelah berutus dan berbalas dua tiga surat, hubungan itu terputus begitu saja.

Di sekitar tahun 1997 juga saya pernah bertanya kepada Flores Tanjung, dosen IKIP Medan yang ketika itu mengikuti program sarjana di UKM jika beliau tahu ada kajian tentang orang Banjar di Sumut. Katanya, kalau tidak salah, ada seorang dosen IKIP Medan, bernama Bapak Sanusi pernah membuat kajian tentang orang Banjar. Tapi beliau tidak sempat menolong mendapatkan salinan laporan kajian itu, jika betul ada.

Selepas itu usaha saya untuk mendapatkan maklumat tentang orang Banjar di Sumut boleh dikatakan terhenti, kerana kesibukan yang lain, di samping saya pun agak lama tidak lagi berkunjung ke Sumut.

Pada tahun 2007, ketika saya teringat untuk mencari data tentang orang Banjar di Sumut di internet, saya tidak sangka saya akan mendapat maklunat yang berguna dalam website akhbar Sinar Indonesia Baru.

Keluaran 1 Julai 2007 akhbar itu melaporkan tentang kunjungan Gabenor Kalsel, Rudi Arifin ke Langkat untuk merasmikan Rumah Adat Banjar di Stabat pada hari Khamis 27 Jun 2007. Dalam laporan itu turut dicatatkan sedikit maklumat tentang orang Banjar di Sumut.

Antara maklumat penting yang tercacat dalam laporan itu ialah majlis perasmian itu dihadiri oleh kira-kira 70,000 orang Banjar. Turut hadir dan berucap ialah H.Syamsul Muarif, yang dikatakan sesepuh warga Banjar yang juga Ketua Korbin OKK DPP Partai Golkar.

Dalam laporan itu ada juga dinyatakan bahawa sebahagian besar orang Banjar di Langkat adalah bermata pencarian petani dan nelayan.

Di akhir laporan itu ada dinyatakan bahawa sebuah buku tentang sejarah keberadaan orang Banjar di Langkat dan Deli telah diserahkan kepada Gabenor Kalsel.

Jadi dari laporan akhbar Sinar Indonesia Baru, kita boleh menyimpulkan maklumat penting yang berikut:

a) Kabupaten Langkat ialah satu kawasan di Sumut di mana penduduknya ramai terdiri daripada orang Banjar.
b) Jumlah orang Banjar di Langkat tentu tidak kurang daripada 70,000 orang. (Jika semuanya hadir, jumlah mereka tentu lebih daripada itu).
c) H.Syamsul Muarif ialah seorang (salah seorang?) sesepuh atau tokoh Banjar di Sumut.
d) Kini telah ada buku sejarah tentang orang Banjar di Langkat dan Deli.
e) Adalah satu perkara yang menarik juga di Sumut telah ada Rumah Adat Banjar.

4 comments:

Pakacil said...

Sedikit tambahan Pak..
H.Syamsul Muarif bukanlah di Sumut, melainkan beliau berada di Jakarta dan aktif di Partai Golkar dan pernah menjadi Menteri.
Kemungkinan beliau sekedar ikut berhadir dan berbicara pada kegiatan tersebut.
Urang Banjar lainnya yg kini masih aktif menjadi menteri adalah Bapak Taufiq Effendi, yang menjadi Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara.

---
ulun umpat batakun sadikit Pak,
dimana habar Pertubuhan Banjar Malaysia?
ulun bahari bakiriman email lawan Bapak DR. Saleh Lamry, adakah pian tahu habar beliau wayahini?

Salam matan ulun di Banjarbaru

Harat said...

Salam kepada Pakacil,

Terima kasih kerana membuat koreksi tentang siapa H.Syamsul Muarif.

2. Persatuan Banjar Malaysia (PBM) baru saja mengadakan mesyuarat agung. Ada pertukaran/perubahan kepimpinan.Di bawah kepimpinan lama,PBM Pusat boleh dikatakan "guring janak" dan tak ada apa-apa aktiviti. Yang membuat aktiviti ialah PBM "cabang"; bukan PBM Pusat.Diharap ada perubahan di bawah kepimpinan baru.

3. Dr.Mohamed Salleh Lamry boleh dihubungi melalui alamat emel beliau yang sering dipakai: el.salleh@gmail.com

Terima kasih.

Pakacil said...

Terima kasih atas informasi mengenai Bapak Saleh Lamry, ulun akan secepatnya menghubungi beliau lagi

somebody said...

酒店經紀人,

菲梵酒店經紀,

酒店經紀,

禮服酒店上班,

酒店小姐,

便服酒店經紀,

酒店打工,

酒店寒假打工,

酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工經紀,

制服酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工,

酒店經紀,

制服酒店經紀,
酒店經紀,