Thursday, August 13, 2009

Bertemu kawan dan kenalan

Saya tidak tahu berapa ramai keluarga dan kenalan saya di Kalsel yang membaca blog saya ini.

Akan tetapi, sebagai satu cara kita berkomunikasi, saya ingin memaklumkan bahawa saya dan 5 orang adik sepupu saya bercadang akan berkunjung ke Banjar pada awal bulan Disember nanti. Tarikhnya belum pasti, tapi mungkin antara 5 Disember hingga 12 Disember 2009.

Di samping melawat beberapa tempat yang menarik, seperti Pasar Terapung dll, tujuan saya berkunjung ke Banjar pada kali ini tentu saja untuk bertemu dengan keluarga dan kenalan saya, lama dan baru.

Ketika berkunjung ke Banjar pada Mac 2008, saya terutamanya dapat berjumpa dengan kaum keluarga saja, tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertemu dengan kawan dan kenalan.

Mungkin dalam lawatan pada bulan Disember nanti saya mempunyai waktu yang agak mencukupi untuk bertemu dengan kawan dan kenalan, di samping bertemu kembali dengan kaum keluarga saya.

Salam dari Malaysia.

Alamat perhubungan saya: a) Emel:el.salleh@gmail.com, b) HP: 6012-9331545

7 comments:

Jiwa Matahari said...

Pak, if I can make a suggestion, maybe you would like to visit Masjid Sultan Suriansyah? It's the oldest mosque in South Borneo, built after Pangeran Samudra's conversion to Islam. And there is also Sultan Suriansyah's tomb in the perimeter. I personally think it's the best location to catch a glimpse of our old history :)
Salam matan dingsanak sebanua!

El-Salleh said...

Salam Pak .Jiwa Matahari,

Terima kasih atas saranan Bapak.

Waktu berkunjung ke Kalsel tahun 2008, saya ada ke makam Sultan Suriansyah, tapi saya tidak dibawa ke masjid tersebut.

Mungkin saya akan berkunjung ke situ nanti, jika ada kesempatan.

mamamin said...

Assalamualaikum abang..

Amin ni.. selamat hari raya pada abang sekeluarga eh.. kem salam amin pada kakak..

Sape yang nak ke banjarmasin tu bang!! nak ikut gakkk...

ckp ngan akak, minggu depan amin ngan anak-anak nak gi beraya eh..

Harat said...

Waalaikumussalam,

Kepada Amin,

Selamat hari raya kembali.

Yang nak ke Banjar setakat ini ialah keluarga Harun(4 orang) dan keluarga Meli (3 orang), kami berdua atau bertiga; dah ada 9 atau 10 orang.

Jika nak ikut, harap hubungi saya segera. Tambang dan hotel (termasuk tambang teksi)RM1,500 (anggaran)Makan sendiri.

Mazlan said...

Salam lah Pak Haji nya;

Jadi jua leh andika tulak ka Banua...kaena di post lah kisah andika manjanguk banua nangitok...

Barelaan...

Harat said...

Salam Sdr.Mazlan,

Insyaallah, kami akan ke Banjar mulai 8 Disember hingga 14 Disember 2009.

Sdr tinggal di mana? Datanglah ke rumah berhari raya.

somebody said...

酒店經紀人,

菲梵酒店經紀,

酒店經紀,

禮服酒店上班,

酒店小姐,

便服酒店經紀,

酒店打工,

酒店寒假打工,

酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工經紀,

制服酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工,

酒店經紀,

制服酒店經紀,
酒店經紀,