Monday, April 30, 2007

Asal Usul Orang Banjar

Pada tahun 1989 yang lalu, saya meminta seorang staf LIPI yang ketika itu sedang mengikuti program Ph.D di UKM mencarikan buku-buku tentang orang Banjar, apabila beliau pulang ke Indonesia.

Apabila beliau datang kembali ke Malaysia setelah pulang bercuti di Indonesia, beliau membawakan saya sebuah buku oleh M.Idwar Saleh, bertajuk Sekilas Mengenai Daerah Banjar dan Kebudayaan Sungainya Sampai Dengan Akhir Abad-19 yang "diambilnya" dari Perpustakaan LIPI.

Walaupun buku itu tidak begitu tebal. hanya 73 halaman, tetapi isinya begitu menarik. Di dalam buku itu pada Bab 3, ada huraian tentang asal usul orang Banjar, yang antara lain, seperti berikut:

Demikian kita dapatkan keraton keempat adalah lanjutan dari kerajaan Daha dalam bentuk kerajaan Banjar Islam dan berpadunya suku Ngaju, Maayan dan Bukit sebagai inti.Inilah penduduk Banjarmasih ketika tahun 1526 didirikan.Dalam amalgamasi baru ini telah bercampur unsur Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan,Bukit dan suku kecil lainnya diikat oleh agama Islam, berbahasa Banjar dan adat istiadat Banjar oleh difusi kebudayaan yang ada dalam keraton. Dengan demikian lambat laun kelompok ini dibagi dalam 3 golongan besar kerana tempat diamnya dan persatuan etnik sebagai inti pembentukannya. Di sini kita dapatkan bukan suku Banjar, kerana kesatuan-etnik itu tidak ada, yang ada adalah group atau kelompok, iaitu kelompok Banjar Kuala, kelompok Banjar Batang Banyu dan Banjar Pahuluan. Yang pertama tinggal di daerah Banjar Kuala sampai dengan daerah Martapura. Yang kedua tinggal di sepanjang Sungai Tabalong dari muaranya di Sungai Barito sampai dengan Kelua. Yang ketiga tinggal di kaki pegunungan Meratus dari Tanjung sampai Pelaihari. Kelompok Banjar Kuala berasal dari kesatuan - etnik Ngaju, kelompok Batang Banyu berasal dari kesatuan - etnik Maayan, kelompok Banjar Pahuluan berasal dari kesatuan - etnik Bukit. Ketiganya ini adalah intinya.Mereka menganggap lebih beradab dan menjadi kriteria dengan yang bukan Banjar, iaitu golongan Kaharingan, dengan ejekan orang Dusun, orang Biaju, Bukit dan sebagainya. Di pertengahan abad ke-19, Belanda membentuk golongan ini sebagai antagonis orang Banjar dengan sebutan orang Dayak.

Cara Idwar Saleh menghuraikan asal usul orang Banjar berbeza sedikit dengan huraian Alfani Daud. Namun, mutakhir ini banyak juga penulis di Kalsel yang nampaknya lebih bersetuju dengan huraian Idwar Saleh.

9 comments:

~Roo_Re'Cho~_~** said...

assallamualaikum...
saya rahim w.ghazali..
boleh saya hubungi tuan untuk membincangkan sedikit hal mengenai banjar ini..atau tuan hubungi saya di email saya
hafiaim@yahoo.com
terima kasih

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Anonymous said...

Saya seorang pelajar PhD yg sedang membuat kajian Bahasa Banjar di Malaysia. Memohon sekiranya ada sebarang rujukan drpd tuan utk menambah rujukan sediada utk memantapkan kajian saya bleh dihubungi di abdulhadi@putra.upm.edu.my

Anonymous said...

assalalualaikum.. saya betul minat nak tahu asal usul banjar.. sebab saya betul- betul nak tahu tentang nie.. harap tuan hubungi saya.. saya hargai sangat- sangat... jughi_90@yahoo.com..

Anonymous said...

Bagus saya suka nakah ini

Anonymous said...

Asslammualaikum...saya Alias Ahmad..(org banjar)Tuan blh hubungi saya untuk berbincang,sebab saya ingin mencari asal usul keturunan saya yang berasal dari Banjarmasin
sila hubungi saya:
0176682956
email eyassali@yahoo.com

Anonymous said...

Malon ... Malon

Anonymous said...

Assalam.. Sy pelajar Master, sy sdg mnjlnkn kajian ttg msyrkt Banjar. Bolehkah sy mdptkn salinan naskah trsbt drp pihak tuan?
Tuan boleh hubungi sy melalui rienakhan86@yahoo.com

Anonymous said...

Assalam.. Sy pelajar Master, sy sdg mnjlnkn kajian ttg msyrkt Banjar. Bolehkah sy mdptkn salinan naskah trsbt drp pihak tuan?
Tuan boleh hubungi sy melalui rienakhan86@yahoo.com