Wednesday, April 16, 2008

Belum ada rezeki untuk berjumpa

Sebelum saya berkunjung ke Kalsel dari 10 Mac hingga 15 Mac 2008, saya tidak tahu, atau tidak begitu pasti, bahawa datuk (kakek) saya sebelah ayah, Andin Amin bin Andin Tarif ada mempunyai seorang abang bernama Andin Mat Saat. Abangnya itu terus tinggal di Banjar dan tidak ikut berpindah ke Malaysia.

Saya mengetahui bahawa Andin Amin mempunyai abang ini daripada makcik saya Asiah, iaitu satu-satunya anak Andin Amin yang yang masih hidup pada masa ini.

Saya telah menghubungi H.Huzaifah, kenalan saya di Barabai untuk mendapat informasi tentang Andin Mat Saat ini. Beliau yang menghubungi sepupu saya M.Ilmu kemudian memberi tahu bahawa orang yang bernama Andin Mat Saat itu memang pernah wujud, dan mempunyai tiga orang anak, iaitu H.Muhsin, H.Adawiyah, dan H.Ragaiyah. H.Muhsin dikatakan sudah meninggal dunia di Pontianak, H.Adawiyah tinggal di Banjarmasin, dan H.Ragaiyah di Pajukungan.

Saya kemudian menghubungi pula H.Rodinah, anak saudara yang tinggal di Banjarbaru, kalau dia ada informasi tentang H.Adwiyah dan anak-anaknya. Informasi yang diberi oleh H.Rodinah hampir sama dengan informasi yang diberi oleh M.Ilmi.H.Adawiyah tinggal di Banjarmasin, dan mempunyai 4 orang anak, iaitu Faisal Ariffin (sudah meninggal dunia), H.Romsah dan H.Sarawiyah (di Banjarmasin) dan H.Salasiah di Balikpapan). H.Romsah dikatakan tinggal dengan anaknya yang bernama H.Ibnu Arabi.

Kalau sekiranya saya tahu tentang keturunan Andin Mat Saat ini sebelum saya berkunjung ke Kalsel tempoh hari, mungkin saya dapat menemui mereka. Tapi memang agaknya kami belum ada rezeki untuk berjumpa. Jadi saya harap dapat berjumpa dengan mereka pada masa dan kesempatan yang lain.

Kalau cucu dan buyut beliau itu berminat untuk berkenalan dan berkomunikasi dengan saya, saya sekali lagi menurunkan alamat emel dan no. telefon saya, iaitu: el.salleh@gmail.com (emel) dan 60129331545 (HP)

3 comments:

alfigenk said...

saya senang mendengar cerita bapak,,,
saya orang barabai,kakek saya orang banua asam,kira-kira 1-2 km masuk kedalam dari pertigaan dekat pajukungan itu,kakek nenek saya tinggal di palajau dekat mesjid keramat,dekat banua asam,,
saya juga punya keluarga dimalaysia yagn terputus,kakek saya beberapa kali pulang pergi pulang pergi malaysia banjar,kemungkinan dia lahir di malaysia atau singapure,,beberapa kerabat kakek dan juga nenek masih ada disana,,sepupu kakek dan nenek,bahkan mungkin saudara nenek masih disana,,,
hubungan terakhir terjadi tahun 50 an,,ketika ada kerabat yagn mengirim surat dari malaysia dan memberi fhoto,tapi surat itu telah hilang dan juga fhoto..
rasa pasti akan sangat menyenangkan bila dapat bertemu keluarga lagi...
kakek saya sudah tua dan tidak mendenganr lagi,dan beliau juga tidak bisa banyak bercerita lagi tentang masa dulu...
tapi saya pernah dengar beliar berkata punay keluarga di jambi,tembilahan,batu pahat johor ,dan juga tumasik...

Harat said...

Terima kasih kerana sudi "bailang" ke blog saya.

Pada masa ini perhubungan antara Malaysia dengan Kalsel sudah agak mudah, kerana ada pesawat dari Malaysia ke Jakarta atau ke Surabaya, dan kemudian dari Jakarta atau Surabaya ke Banjarmasin.

Kapan-kapan, kalau ada waktu dan kesempatan, silalah berkunjung ke Malaysia.

Saya baru sekali ke Kalsel. Kebetulan keluarga saya di Kalsel yang boleh dikenali dan ditemui agak banyak. Jadi saya mungkin ke Kalsel lagi pada masa hadapan.

somebody said...

酒店經紀人,

菲梵酒店經紀,

酒店經紀,

禮服酒店上班,

酒店小姐,

便服酒店經紀,

酒店打工,

酒店寒假打工,

酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工經紀,

制服酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工,

酒店經紀,

制服酒店經紀,
酒店經紀,