Saturday, September 8, 2007

Mengapa pelajar Banjar "meninggalkan" UKM?

Mengikut berita yang disampaikan kepada saya, ada beberapa orang mahasiswa Banjar dari Kalsel yang telah "meninggalkan" UKM, sebelum mereka menyelesaikan program mereka di universiti itu.

Sebagai seorang Banjar Malaysia yang ingin menggalakkan orang Banjar dari Kalsel beramai-ramai memasuki UKM, saya tentu tidak gembira dengan berita itu.

Namun, saya difahamkan antara sebab mereka meninggalkan UKM ialah kerana mereka tidak berpuas hati dengan cara penyeliaan pensyarah UKM yang menjadi pembimbing atau penyelia mereka.

Mungkin ada sebab lain. Akan tetapi, saya tidak dapat mengetahuinya, kerana tidak dapat menemui para pelajar Banjar yang berkenaan dan juga para pensyarah yang menjadi penyelia mereka.

Buat masa ini, jika para pelajar atau "bekas pelajar UKM" yang berkenaan ada terbaca posting saya ini, saya bergembira jika mereka sudi memberi respons di blog ini.

Mungkin dengan mendapat maklum balas daripada mereka, kita akan dapat mengetahui pokok permasalahannya dan seterusnya mencari jalan keluar yang menguntungkan kepada semua pihak.

1 comment:

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

sy juga pelajar UKM.. apa masalah yg dihadapi masyarakat tersebut???? sy rse pnsyarah dipusat pengajian sy tiada msalah utk membuat LI...