Wednesday, October 31, 2007

Catatan ringkas tentang Kongres Budaya Banjar 1

Kongres Budaya Banjar 1 nampaknya telah berlangsung di Banjarmasin dari 30 Oktober hingga 1 November 2007 sebagaimana yang direncanakan. Tahniah. Kerana tidak dapat hadir, saya hanya dapat mengetahui perjalanan kongres itu dari jauh, dari laporan dalam beberapa laman web.

Oleh sebab sesi pembentangan makalah nampaknya hanya satu hari, pada 31 Oktober 2007, tidak banyak topik yang telah dibincangkan. Topik perbincangan terutamanya tertumpu kepada aspek-aspek bahasa dan sastera, arsitektur tradisional, masakan dan tradisi "madam" di kalangan orang Banjar. Tidak ada makalah dari Riau sebagaimana yang direncanakan (?) dan tidak ada juga makalah dari Malaysia.

Kongres itu nampaknya dihadiri oleh orang Banjar dari Kalsel dan luar Kalsel, termasuk dari Jawa, Sumatera, Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan Brunei. Akan tetapi, tidak diberitakan adanya peserta dari Semenanjung Malaysia.

Sebagai orang Banjar dari Semenanjung Malaysia, saya merasa terkilan juga kerana tidak ada (?) orang Banjar dari Semenanjung Malaysia yang menghadiri kongres itu. Saya tidak tahu adakah kerana yang diundang tidak ramai, dan kerana tidak ada orang Banjar Semenanjung Malaysia yang diundang untuk menyampaikan makalah?

Untuk makluman semua, pada masa ini orang keturunan Banjar di Semenanjung Malaysi adalah ramai (banyak), dan mereka bertumpu di tiga negeri: Perak, Selangor dan Johor. Sudah banyak orang Banjar di Semenanjung Malaysia kini yang menjadi pejabat tinggi, tokoh agama, ahli politik, ahli akademik dan usahawan.

Jadi alangkah baiknya jika hubungan orang Banjar di Semenanjung Malaysia dengan orang Banjar di Banua dapat dirapatkan, dan "tokoh" Banjar dari Semenanjung Malaysia dapat berpartisipasi dalam acara "ganal" seperti Kongres Budaya Banjar 1.

4 comments:

Lee Chin said...

Ulun Lee Chin @ dangsanak @ mamrina, Ismail (Koperat K. Selangor), Hj. Musa (SUK)dan HJ. Rashid (Syabas) bailang ke Banjarmasin berkebetulan dengan Kongres Budaya Banjar 1. Lalu kami disambut oleh Dinas Kebudayaan Kalsel sekaligus mewakili Malaysia (kononnya). Ulun dan Ismail ada memberi sedikit info tentang banjar di Malaysi yg termuat dalam koran Banjarpost. Sebujurnya Ulun pugaan belalah mencari kulaan di banua..alhahdulilah tahaga ading paninian dan sepupu. Sebelum tu batamuan dangsanak (ading ayah)beserta sepupu sepapat yg. bagana di Bogor. Tapi kada pati mengikuti banar kongres tersebut...sibuk urusan kulaan. Bahan (kertas kerja / Majalah / Buku..yang dibarii adaai menyimpani)

Lee Chin said...

Keturunan Ulun subalah peninian dari Barabai....wayahni bagana di Landasan Ulin @ Bandara di belakang Makam Syuhada..keturunan subalah padatuan (dlm. pencarian) kalau kada silap di Amuntai. Ading ayah pabungsunya bagana di Batu Licin (Marfuah). Di Bogor banyak banjar. Ayah ulun banyak batamuan kulaan di Bogor. Tampuluan ayah ulun rajin bapandiran dan bacuur di warong kopi di Bogor.

Lee Chin said...

hubungi ulun di 0192428617 (Shah Alam) atau e-mail : dotmyevent@yahoo.com hagan perkongsian maklumat / bahan rujukan Kongres Budaya Banjar 1

Unknown said...

Saya orang banjar. Ayah saya banjar. Emak saya melayu. Amat teruja saya membaca artikel Tuan.