Monday, August 3, 2009

Akan Berkunjung ke Banua

Kira-kira 4 bulan yang lalu, ketika menghadiri majlis perkahwinan anak adik sepupu saya Yasmin di Kelang, saya telah bertemu dengan seorang lagi adik sepupu saya, Harun.

Harun begitu bertarik ketika mengetahui saya telah berkunjung ke Banua (ke Kalsel) pada bulan Mac 2008, dan ingin berkunjung juga ke Banua. Oleh itu, setelah berbincang secara ringkas, kami mengambil keputusan akan pergi bersama-sama pada awal September, kira-kira seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Malangnya, setelah saya cek kalendar, awal September masih dalam penggal persekolahan, dan saya tidak boleh pergi meninggalkan cucu yang berada dalam jagaan saya. Oleh itu saya hanya boleh pergi ke Banua selepas Hari Raya Haji nanti, dalam cuti panjang sekolah pada akhir tahun.

Ketika berjumpa dengan Harun di rumah Mak Cik Asiah di Country Home baru-baru ini, kami telah bersetuju akan pergi ke Banua pada tarikh yang baru itu. Jadi kalau tiada apa-apa halangan kami akan pergi ke Banua mulai 5 Disember nanti, dan akan pulang ke Malaysia pada 12 Disember 2009.

Yang sudah menyatakan akan pergi ialah saya dan isteri (berdua), Harun dengan isteri dan seorang anaknya (bertiga), dan seorang sepupu saya, Meli dengan ibunya (berdua). Jadi sekarang sudah ada 7 orang.

Saya bercadang akan pergi secara rombongan, sekurang-kurangnya 10 orang dan maksimum 15 orang. Jadi saya mengalu-alukan saudara mara saya yang lain, yang hendak pergi bersama. Jemputlah hubungi saya sebelum akhir September ( el.salleh 012-9331545)

5 comments:

ZulDeanz said...

Saya orang banjar Sungai Besar cuma tidak fasih bercakap banjar, jika saya ingin mengikuti rombongan saudara, berapakah kosnya....

Andin Salleh said...

Salam Sdr. ZulDeanz,

Saya belum berhubung dengan mana-mana travel agensi. Jadi belum pasti berapa kos untuk pergi ke Banua. Saya akan maklumkan di sini apabila saya telah mendapat maklumat yang pasti nanti.

Lee Chin said...

mamarina urang Sg. Besar, Parit 4. wayahni bagana di Shah Alam. Asal keturunan Berabai...wayahni madam ke Landasan Ulin (Bandra Shamsudin Noor). Dangsanak ayah babini (Marpuah) bagana di Batu Licin, Kalsel...dangsanak lelaki (Mursani)di Bogor. Bahari paninian @ padatuan suwah membuka tanah@ bagana di Bagan Dato...madam ke Sg. Air Tawar S. Bernam.

Lee Chin said...

hanyar bulik bailang @ balalah dari Sumsel (Palembang)mancari bubuhan @kulaan @raraitan. Rahat Kongres Budaya Banjar 1 di Banjarmasin (30 Okt-04 Nov 2007)ada batamuan bubuhan banjar dari Lombok (pengusaha fabrik mutiara )Lampong, Palembang (pengusaha sarang burung walit), Medan, Sulawesi, Jakarta dll...tapi sayang buku catatan contact ghaibulghuyub. Buku / kertas kerja adaai mayimpani amun hagan ietihan. Amun Hagan bapandiran: HP 0192428617

Lee Chin said...

ramai banjar di Malaysia mendapat gambaran salah tentang banjar di banua. Keadaan ini perlu dibujurkan. Bailang @ balalah @ melawat @ rombongan tulak ke banua adalah cara yang terbaik...teruskan