Thursday, October 8, 2009

Perubahan tarikh ke Banjarmasin

Atas saranan travel agency pengendali lawatan kami,  tarikh lawatan kami akan diubah kepada 8 Disember hingga 14 Disember. Kami akan pergi hari Selasa dan balik hari Isnin. Jadi masih  7 hari  6 malam.

Mengikut rancangan, kami  akan berada di Banjar selama 4 malam, dan  selepas itu di Jakarta selama 2 malam.

Jadi melawat keluarga di Banjar dan shopping di Jakarta.

Bagaimanapun,  beberapa orang daripada anggota rombongan  akan balik ke Malaysia selepas melawat Banjarmasin dan Barabai, dan tidak mengikuti program lawatan di Jakarta, dua malam yang terakhir.

Program silaturahim menemui keluarga ialah pada hari ketiga dan keempat. Kami akan ke Barabai pada hari ketiga dan bermalam di Barabai satu malam. Petang hari esoknya, hari keempat, kami akan pulang ke Banjarmasin, selepas makan tengahari.

Siapa yang akan menemui kami di Barabai?

6 comments:

Anonymous said...

seandainya ulun ada di Barabai, boleh jadi ulun akan menemui pian.
ulun Mukhlish Abdi Mukhyar, orang Barabai asli yg sedang kuliah di University Malaya, Malaysia

Andin Salleh said...

Salam Sdr. Mukhlish,

Jika tiada perubahan, insyaallah saya akan sampai ke Barabai pada hari Khamis 10 Disember 2009 dan menginap di Hotel Bouraq atau Hotel Puspa selama satu malam.

Saya tentunya sangat berbesar hati jika sdr dapat menemui saya pada masa tersebut.

Bolehkah saya tahu no.HP sdr?

Ibram Al-Banjari said...

salam, nak batakun ...ikam menandukah kulaan kawanku ini dari mersing ( ngarannyak TIMAH BT BANUN ) kalau menandu email di aku.

Andin Salleh said...

Salam Sdr Ibram Al-Banjari,

Saya tak ada kenalan di Mersing. Jadi rasanya tak kenal dengan beliau.

Unknown said...

Salam Angah Harat;
Umpat mambaca haja...dalam posting angah ada batakun pasal Hajah Sarimbun...ulun handak tahu jua sebab ngaran Sarimbun ngini rasa nya paninian ulun suwah nyambat jua... handak batakun angah harat...dalam rekod angah siapa kah anak anak hajah sarimbun ngini...

Engr. Mazlan Bin Abdullah Maulana

Andin Salleh said...

Salam Sdr Mazlan,

Saya hanya mengetahui nama Hajah Sarimbun baru-baru ini. Tapi maklumat tentang diri beliau, dan juga anak cucu beliau masih "gelap". Tidak ada maklumat langsung yang boleh saya ketahui tentang anak cucu beliau.

Saya sudah menulis dalam facebook,di samping menulis dalam blog ini. Akan tetapi, tidak ada sesiapa yang boleh menolong memberi maklumat tentang mereka.