Friday, May 25, 2007

Mencari keluarga di Kandangan

Datuk saya, Andin Amin bin Andin Tarif berasal dari Barabai, tetapi kampung asalnya tidak saya ketahui.Nenek saya, Aminah binti Tasan pula berasal dari Kandangan, dan kampung asalnya dikatakan Pajukungan.

Sebelum berhijrah ke Malaysia, nenek saya meninggalkan seorang anak perempuan bernama Ningrat, hasil dari perkahwinan dengan suaminya yang pertama.

Mereka berhijrah ke Malaysia, mula-mula ke Batu Pahat, Johor kemudian ke daerah Kuala Selangor , Selangor pada tahun 1930-an. Mereka tidak pernah pulang ke Banjar dan telah putus hubungan dengan keluarga mereka di sana.

Saya mula mencari keluarga pada akhir tahun 1980-an; mula-mula memasukkan surat dalam majalah Tempo, kemudian surat khabar Banjarmasin Post. Saya dapat beberapa respons daripada beberapa orang di Banjarmasin, tetapi bukan keluarga saya. Dari keluarga saya, jika masih ada, saya tidak mendapat apa-apa respons.

Baharu-baharu ini seorang kenalan baru yang berasal dari Kandangan telah menolong mencarikan keluarga saya di Kandangan/Barabai.

Saya mendapat maklumat bahawa anak perempuan nenek saya yang bernama Ningrat itu masih boleh diingati oleh penduduk Pajukungan, kerana dia adalah satu-satunya orang bernama Ningrat di kampung itu. Ningrat sudah meninggal dunia, tetapi cucunya ada di kampung itu. Siapakah beliau?

Saya berharap jika cucu Ningrat atau sesiapa yang terbaca posting ini sudilah menghubungi saya di alamat emel: harat1942@yahoo.com, atau nombor telefon 603-87362542

1 comment:

ibnutamin albanjari said...

salam, tuan dan puan
alhamdulillah dan selamat berpuasa diucapkan...
saya juga ingin mencari keluarga datuk saya di banua banjar, dikhabarkan dari kandangan?. nama datuk saya tamin bin marin bin julak. beliau ini meninggal dunia di sungai gadung, semanggol, daerah kerian, perak tahun 1945/46. Semasa merantau ke Batu Pahat, Johor tahun 1920an bersama anak sulungnya Rahmah dan menantunya Mukhtar ada meninggalkan keluarga di Kandangan?, banjar.
Setelah Tamin ini meninggal dunia anak sulungnya Rahmah dan Mukhtar serta anak perempuan, lahir tahun 1942/43, mereka balik semula ke banua banjar sekitar tahun 1947/48...
kisah keluarga tamin di malaysia dan singapura ada saya tulis di blog ibnutamin@blogspot.com

Bagaimana ya untuk menjejaki mereka ini........

sekian, wassalam
abd rahim bin durani
ibnutamin@blogspot.com