Sunday, July 8, 2007

Tempat Belajar Islam di Malaysia

Sebagaimana yang saya nyatakan dalam posting terdahulu, pada masa ini ada 11 orang mahasiswa pascasarjana dari Kalsel (rasanya semua orang Banjar) yang sedang mengikuti program S2 dan S3 di UKM, kebanyakannya di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan.

Sebelum ini ada beberapa orang pelajar Banjar yang mengikuti program yang sama di Fakulti Pengajian Islam UKM telah lulus dan telah pulang ke Kalsel. Akan tetapi, saya tidak tahu berapakah bilangan mereka.

Saya berpendapat, mahasiswa Banjar yang berkenaan memang telah memilih tempat yang tepat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Memang di Malaysia ada tempat lain untuk belajar ilmu Islam, seperti Akademi Pengajian Islam (Universiti Malaya)UIA dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dahulunya bernama Kolej Universiti Islam Malaysia. Namun, Fakulti Pengajian Islam UKM sudah terkenal sejak lama (sejak awal tahun 1970-an), dan sudah menjadi tumpuan pelajar dari Jawa, Acheh, Sumut, Riau dan lain-lain.

Oleh itu, pelajar dari Kalsel yang ingin mempelajari ilmu-ilmu Islam tentu boleh datang beramai-ramai ke Fakulti Pengajian Islam UKM pada masa yang akan datang.

3 comments:

Zainal Fikri said...

tentang belajar Islam di Malaysia, perlu disimak pendapat Syafii Maarif berikut:
...di sisi perkembangan pemikiran keislaman, Malaysia masih ketinggalan oleh Indonesia. Penghasilan yang tinggi seorang profesor belum tentu dengan sendirinya melahirkan karya-karya intelektual kritikal untuk kepentingan jangka jauh sebuah masyarakat yang belum terlalu lama bebas dari penjajahan. Pragmatisme sebagian besar staf pengajar universitas di sana adalah penghalang utama bagi munculnya pemikiran keislaman yang berkualitas tinggi. Selain itu, faktor ulama konservatif yang terlalu terpukau oleh mazhab fikih al-Syafii juga menjadi penghambat lahirnya pemikiran keislaman yang bersifat terobosan untuk memberi solusi bagi masalah-masalah kontemporer yang dihadapi masyarakat Melayu.” (Ahmad Syafii Maarif. Harian Republika, Selasa, 04 September 2007 )

Harat said...

Salam,

Terima kasih atas respons anda.

Saya setuju kebanyakan pensyarah bidang pengajian Islam di Malaysia umumnya ialah "sarjana" atau "ilmuan Islam" sahaja.Mereka bukan pemikir atau penulis yang banyak menghasilkan karya ilmiah yang bermutu tinggi. Namun, oleh kerana banyak daripada mereka ada ijazah Ph.D., maka mereka biasanya dianggap layak untuk menjadi pembimbing calon S2 dan S3.

somebody said...

酒店經紀人,

菲梵酒店經紀,

酒店經紀,

禮服酒店上班,

酒店小姐,

便服酒店經紀,

酒店打工,

酒店寒假打工,

酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工經紀,

制服酒店經紀,

專業酒店經紀,

合法酒店經紀,

酒店暑假打工,

酒店兼職,

便服酒店工作,

酒店打工,

酒店經紀,

制服酒店經紀,
酒店經紀,