Thursday, May 10, 2007

Studi Islam di UUM?

Beberapa tahun yang lalu, Dr.Nordin Kardi, Naib Canselor (Rektor) Universiti Utara Malaysia (UUM), seorang keturunan Banjar, berkunjung ke Banjarmasin. Dalam kunjungan itu beliau telah mengadakan MOU dengan beberapa pusat pengajian tinggi di sana, mungkin termasuk UNLAM dan IAIN.

Kunjungan Dr.Nordin khabarnya memang sangat dialu-alukan oleh orang Banjardi Kalsel, kerana kebetulan beliau ialah orang besar sebuah universiti dari keturunan Banjar.


Selepas itu, saya lihat ada beberapa orang pensyarah dari IAIN mengikuti program Ph.D (
S3) di UUM .Sebahagian daripada mereka saya lihat ialah orang-orang yang sudah "ada nama" sebagai peneliti dan penulis yang sering menulis di Banjarmasin Post dan penerbitan lain.


Di sini saya tidak mahu mempertikaikan kemampuan segelintir "pakar Islam" di UUM untuk membimbing para pelajar pascasarjana (calon Ph.D) dari Kalsel itu. Mungkin mereka ada kemampuan. Jadi teruskanlah.

Tapi untuk makluman saudara-saudara kita di Banjarmasin, mengikut persepsi kami orang Malaysia, UUM bukanlah tempat yang paling cocok untuk studi Islam, apatah lagi tingkat S3. UUM sebenarnya sudah terkenal sebagai universiti yang memberi tumpuan kepada bidang-bidang pangajian yang berkaitan dengan kewangan, banking dan pengurusan. Misalnya di UUM ada Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Teknologi, Akauntan, Teknologi Informasi dan sebagainya. Di UUM tidak ada Fakulti Pengajian Islam!

Oleh itu jika hendak studi tentang Islam, tempat yang sesuai di Malaysia ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (ada Faktulti Pengajian Islam), Universiti Malaya (ada Akademi Pengajian Islam) dan UIA. Atau boleh juga ke universiti baru, seperti KUIM, yang juga ada pakar Islam.

Begitu juga jika mahu studi ilmu sosial dan politik ( atau di Malaysia istilah yang lebih lazim digunakan ialah sains sosial dan kemanusiaan) tempatnya juga ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Atau mungkin boleh juga ke Universiti Putera Malaysia untuk bidang tertentu.

Untuk makluman saudara-saudara kita di Kalsel, pada masa ini Universiti Kebangsaan Malaysia adalah univeriti yang paling banyak mengendalikan kursus pascasarjana untuk pelajar asing. Pelajar dari Indonesia sahaja -- dari Jawa, Riau,Sumut, Acheh dll, -- kini lebih 500 orang, sehingga kini di beberapa pangsapuri dan taman perumahan sudah terbentuk "perkampungan pelajar Indonesia".

2 comments:

Andin Salleh said...

Sebagai tambahan kepada tulisan di atas, untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ilmu sosial, dua buah universiti di Malaysia Timur, iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) boleh juga dihubungi. UUM pula mungkin ada pakar dalam bidang psikologi dan hubungan etnik.

Jadi untuk melanjutkan pengajian pada peringat S2 dan S3 di Melaysia memang banyak pilihan.Cuma pilihlah tempat yang sesuai, di mana ada pakar yang boleh memberi bimbingan.

sesungutpatah said...

Assalamualaikum w.b.t

SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik blog kerana mengulas mengenai Universiti Utara Malaysia (UUM).

Memang benar UUM memberi pengkhususan kepada bidang pengurusan. UUM telah distrukturkan kembali pada 1 Januari 2008 untuk melahirkan tiga buah kolej yang berautonomi. Tiga berkenaan ialah Kolej Perniagaan (College of Business), Kolej Undang-Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Goverment and International Studies) dan Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences).

UUM sebagai sebuah universiti yang berakarakarkatakan universal institution (institusi sejagat) turut menawarkan pelbagai program, termasuk yang berkaitan dengan Islam. Misalnya, UUM salah satu universiti utama di Malaysia yang program Sarjana (S2) dan Ph.D (S3)dalam bidang Kewangan Islam dan Syariah. Program ini menjadi salah satu tarikan pelajar dari segenap penjuru dunia Islam.

Malah, pensyarah dalam bidang perniagaan sahaja di UUM melebihi 400.

Dari segi penyeliaan pelajar bagi program Sarjana dan Ph.D, UUM mempunyai pakar-pakar yang otaknya diasuh dari universiti-universiti utama seluruh dunia.

Bidang pengurusan sangat luas. Malah, baru-baru ini, UUM mengadakan perjanjian persefahaman dengan sebuah universiti kejuruteraan bagi menawarkan program sarjana pengurusan dalam bidang kejuruteraan (Peringkat s2 dan s3). Walaupun UUM tidak banyak pensyarah yang mengkhusus dalam bidang kejuruteraan, tetapi boleh bekerjasama dengan universiti tempatan yang ada kepakaran dalam bidang berkenaan.

Misalnya, seorang yang terlibat dalam bidang kedoktoran. Pertamanya mereka mesti berkelulusan dalam bidang berkenaan dengan mengambil pelbagai mata pelajaran seperti biologi, anotomi dan pelbagai hal berkaitan dengan ubat. Apabila sampai sesuatu peringkat, doktor berkenaan ingin membuka sendiri kliniknya, doktor berkenaan memerlukan bidang pengurusan untuk menguruskan perniagaan. Begitu juga bidang kejuruteraan, farmasi dan sebagainya.

Justeru, bidang pengurusan sangat luas.


Kori Ariff
UUM, Sintok Kedah.