Tuesday, June 12, 2007

"Kerugian" tidak jadi ke Banjarmasin

Dengan membatalkan kepergian saya ke Banjarmasin pada hujung minggu ini, memang banyak "kerugian" yang saya alami. Misalnya saya tidak dapat melihat bagaimana Gabenor Kalsel membuka atau merasmikan Konferensi Antaruniversiti Se Borneo-Kalimantan Ke-13 di Mahligai Pancasila, Banjarmasin, membentangkan kertas kerja, melihat kota Banjarmasin, menemui keluarga dan menemui beberapa orang kenalan yang sudah sedia menunggu.

Akan tetapi, apakah daya saya, halangan untuk pergi ke Banjarmasin nampaknya agak besar. Oleh itu, saya berharap saya akan dapat juga pergi ke Banjarmasin pada masa dan kesempatan yang lain, kalau mungkin menjelang akhir tahun ini.

2 comments:

Raida said...

sapa tahu keina pas ke banjar pas lagi raramiannya lebih rami dari wayah hini, sabarai iya kalo.. insya Allah jadi haja keina...(salam dari papadaan lah)

Andin Salleh said...

Salam,

Terim kasih kerana sudi membaca dan merespons posting saya, walaupun yang saya tulis agaknya hal yang remeh sahaja.