Yang di atas adalah salah satu poster terbaru tentang Festival Budaya Pasar Terapung 2010 yang akan diadakan di Banjarmasin mulai 26 September 2010 ini. Sayangnya saya tidak dapat pergi.
Tuesday, September 21, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Diucapkan kepada keluarga, kawan dan kenalan, di Banjar dan di Malaysia, khasnya yang kadang-kadang mengunjungi blog ini.
Jika ada yang hendak berkunjung ke rumah, jemputlah datang mulai hari raya ke-5.No. tel. untuk dihubungi: 012-9331545
Wednesday, August 18, 2010
Tarian Banjar
Di kalangan orang Banjar di Kalsel masih terdapat beberapa tarian yang menarik, yang mungkin boleh dianggap sebagai tarian tradisional. Salah satu daripadanya ialah tarian Selamat Datang yang gambarnya tertera di atas.
Pakaian Pengantin Banjar
Pakaian pengantin Banjar di Banua memang sangat menarik. Gambar di atas adalah contohnya, yang rasanya tidak terdapat lagi di kalangan orang Banjar di Malaysia.
Kuih Bingka
Kuih bingka adalah salah satu kuih yang sangat diminati di Banjar, sehingga dikatakan berbuka puasa tidak lengkap tanpa kuih bingka
Monday, August 16, 2010
Pengantin Banjar
Di Kalsel pengantin Banjar agaknya masih memakai pakaian tradisional yang boleh dianggap sebagai pakaian khas pengantin Banjar, seperti dalam gambar di atas. Kelihatannya amat menarik. Pakaian yang demikian mungkin sekali tidak ada lagi di kalangan orang Banjar di perantauan, seperti di Malaysia.
Saturday, August 7, 2010
Soto Banjar
Ketika berkunjung ke Kalsel kali pertama pada tahun 2008, saya tidak berpeluang menikmati soto Banjar, kerana keluarga yang saya kunjungi tidak menghidangkan soto Banjar di rumah mereka, dan mereka tidak juga membawa kami makan di restoran yang menjual soto Banjar.
Saya berpeluang menikmati soto Banjar buat kali pertama ketika saya berkunjung ke Kalsel pada tahun 2009 bersama rombongan keluarga, apabila seorang anak saudara saya menjamu saya dan rombongan makan soto Banjar di rumahnya.
Bagaimanapun, ketika saya berkunjung ke Kalsel pada bulan April tahun ini bersempena menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke-2, saya terlepas peluang menikmati soto Banjar. Pada satu jamuan malam, memang ada dihidangkan soto Banjar. Akan tetapi, kerana hendak cepat mengambil makanan, saya terambil makanan lain, dan terlupa ada Soto Banjar.

Thursday, August 5, 2010
Batik Banjar (Sasirangan)
Jika di Jawa ada Batik Jawa dan di Kelantan ada Batik Kelantan, di Kalimantan Selatan juga ada "Batik Banjar" yang diberi nama "Sasirangan". Gambar di atas menunjukkkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan isterinya memakai baju batik Sasirangan.
Festival Seni Tari Se-Kalimantan Selatan 2010
Telah berlangsung pada 3 Ogos 2010. Satu program yang menarik. Sayang kami di Malaysia hanya mengetahuinya dari jauh.
Aruh haul sudah berlangsung.
Aruh haul yang dianjurkan oleh PBM Bubuhan Bangi telah selamat berlangsung pada 3 Ogos 2010, di Bandar Baru Bangi. Khabarnya tak berapa ramai yang hadir masa pembacaan tahlil, tapi berduyun-duyung orang datang pada masa makan, selepas sembahyang isya, termasuk orang bukan Banjar. Bagaimanapun, tahniah kepada PBM Bangi kerana menganjurkan program ini.
Wednesday, August 4, 2010
Lawatan ke Banjar
Khabarnya ada rombongan dari Perak akan mengadakan lawatan ke Banjarmasin pada bulan Disember 2010 yang akan datang. Akan tetapi, pesertanya dihadkan kepada 25 orang sahaja. Tidak diketahui sama ada sudah cukup orang atau belum.
Sementara itu, PBM telah membuat pengumuman melalui laman webnya akan mengadakan rombongan ke Banjar, sempena Festival Budaya Banjar pada bulan September ini. Mudah-mudahan jadi, walaupun barangkali saya tidak dapat turut serta.

Tuesday, August 3, 2010
Tukang gunting Banjar
Selama ini kebanyakan kedai gunting yang terdapat di bandar kecil dan sederhana terdiri daripada kedai gunting India (tukang guntingnya orang India). Kedai gunting Melayu tidak banyak, malah di setengah bandar langsung tak ada. Sekarang di Bandar Baru Bangi sudah ada Kedai Gunting Rambut Kulaan 1, yang bererti kedai gunting orang Banjar. Tahniah kepada PBM Bubuhan Bangi yang mengambil inisiatif membuka kedai gunting Banjar ini.
Friday, July 30, 2010
Aruh Haul PBM
Sebagai sebuah pertubuhan yang mengamalkan "Islam tradisional" antara aktiviti utama Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM) adalah mengadakan aruh haul. Aruh haul ini dimulakan oleh PBM bubuhan Bangi sejak beberapa tahun yang lalu. Pada tahun ini PBM akan mengdakan aruh haul kira-kira seminggu sebelum puasa, iaitu pada 3 Ogos 2010, bertempat di Bandar Baru Bangi.
Thursday, July 29, 2010
Pengantin Banjar (2)
Ini satu lagi gambar pengantin Banjar di Kalsel. Pakaiannya sungguh menarik, tapi pakaian seperti ini rasanya tidak terdapat lagi di Malaysia.
Pengantin Banjar
Pengantin Banjar berpakaian seperti ini sekarang barangkali hanya terdapat di Kalsel, tapi tidak terdapat di Malaysia. Saya tidak tahu bagaimana pakaian pengantin Banjar di Riau atau di Sumut.
Wednesday, July 28, 2010
Di Jambatan Barito, 2009
Ketika berkunjung ke Kalsel kali ke-2 pada tahun 2009, saya dan rombongan di bawa berkunjung ke Jambatan Barito. Saya dan isteri bergambar sekali lagi di jambatan tersebut sebagai kenang-kenangan.
Tuesday, July 20, 2010
Festival Budaya 2010 di Banjarmasin
Pada 25 hingga 27 September 2010 yang akan datang di Banjarmasin akan berlangsung satu acara budaya yang menarik, iaitu Festival Budaya: Pasar Terapung 2010.
Kalau saya lama tidak ke Banjarmasin tentu saya akan pergi ke Kalsel pada masa tersebut. Sayangnya saya baru saja ke Banjarmasin pada bulan April yang lalu. Jadi peluang untuk menonton acara budaya yang menarik ini terpaksalah saya lepaskan.
Adakah orang Banjar yang lain dari Malaysia yang berminat untuk mengikuti acara tersebut? Kalau ada, bagus juga membuat rombongan ke Banjarmasin bersempena dengan Festival Budaya tersebut.

Tuesday, June 29, 2010
Gambar di Barabai (4)
Saya duduk di tengah, dengan M.Ilmi (adik sepupu, kanan sekali), Kursani ( anak saudara, ke-2 dari kanan), Syaharudin (adik sepupu, ke-2 dari kiri) dan Maimunah (isteri, kiri sekali).
Sunday, June 27, 2010
Di Jambatan Barito
Ketika melawat Kalsel pada tahun 2008, saya dan isteri telah dibawa melawat ke Jambatan Barito, dan di situ kami sempat bergambar dengan seorang keluarga di Banjar dan isterinya sebagai kenang-kenangan.
Monday, June 21, 2010
Dengan keluarga di Barabai(2)
Gambar saya dan isteri dengan adik sepupu saya M.Ilmi yang tinggal di Pelajau, Barabai. M.Ilmi ialah anak bungsu kepada Ningrat, anak nenek saya Aminah dengan suaminya yang pertama. Ningrat tidak ikut ke Malaysia apabila nenek saya Aminah berhijrah ke Malaysia pada awal tahun 1920-an.
Thursday, June 17, 2010
Wednesday, June 16, 2010
Di rumah sepupu di Kelang

Sunday, May 30, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Di Jambatan Barito
Sunday, May 16, 2010
Gambar di Kalsel 2008
Ketika saya dan isteri berkunjung ke Kalsel buat kali yang pertama pada bulan Mac 2008, saya telah dapat bertemu dengan anak saudara saya Hajah Rodinah dan suaminya Prof. H.Rasmadi, Rektor UNLAM. Kami bergambar di hadapan rumah mereka sebagaimana yang terlihat dalam gambar di atas
Perwakilan PBM ke Kongres Budaya Banjar 2
Gambar sebahagian perwakilan PBM ke Kongres Budaya Banjar 2 di Banjarmasin pada 4-7 April 2010. Khabarnya perwakilan dari Malaysia semuanya seramai 16 orang (Gambar dari website PBM).
Membentangkan kertas kerja di Kongres Budaya Banjar 2
Gambar saya (dua dari kiri) ketika membentangkan kertas kerja di Kongres Budaya Banjar 2 di Banjarmasin pada 6 April 2010.
Gambar dengan Pak Ramli Nawawi
Di atas ialah gambar saya dengan Bapak Ramli Nawawi, peneliti sejarah dan nilai tradisional dari Yogya karta, ketika saya menghadiri Kongres Budaya Banjar 2 di Banjarmasin, 4- 7 April 2010. (Gambar dari blog Pak Ramli Nawawi)
Thursday, February 25, 2010
Akan ke Kalsel lagi
Saya tidak menduga Kongres Budaya Banjar Ke-2 akan diadakan begitu cepat, iaitu pada 4 hingga 7 April 2010 yang akan datang, sedangkan saya baru saja melakukan lawatan ke Kalsel pada bulan Disember yang lalu.
Bagaimanapun, oleh kerana berminat menghadiri kongres itu, dan ada pula jemputan untuk membentangkan kertas kerja, saya mengambil keputusan akan berkunjung lagi ke Kalsel pada tarikh tersebut.
Saya tentunya akan terpaksa mengeluarkan wang yang agak juga. Bagaimanapun, saya agak gembira kerana khabarnya ada beberapa "kemudahan" yang akan diberi kepada saya sebagai pembentang kertas kerja.

Thursday, February 18, 2010
Buku Kisah Keluarga Andin Amin
Saya telah mengedarkan buku kecil, Kisah Keluarga Andin Amin yang saya tulis baru-baru ini kepada kawan-kawan saya di Malaysia dan keluarga saya di Banjar dan Malaysia yang saya ketahui alamat lengkap mereka.
Buku ini masih ada beberapa naskhah dalam simpanan saya. Jadi kepada kawan-kawan dan keluarga yang belum memperolehinya, dan berminat untuk membacanya, silalah hubungi saya melalui HP (012-9331545) atau emel (el.salleh@gmail.com). Saya akan kirimkan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Kulaan dari Banjar tidak jadi ke Malaysia
Tidak lama dahulu anak saudara saya di Kalsel, Hajah Rodinah dan adiknya Rohmadi memberitahu bahawa mereka akan ke Malaysia pada minggu ke-3 bulan Februari ini. Saya telah memberitahu saudara mara saya di Malaysia supaya bersama-sama menyambut mereka. Sudah saya aturkan siapa yang akan membawa mereka berjalan-berjalan ke Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka, Putrajaya dan tempat-tempat lain.
Tiba-tiba apabila saya hubungi Hajah Rodinah melalui SMS pada minggu yang lalu, dia memberitahu bahawa mereka "belum ada langkah mahu ke Malaysia", dan mereka menangguhkan kepergian mereka ke Malaysia. Dia tidak menyebabkan sebab-sebabnya dengan lebih jelas mengapa dia membuat penangguhan itu.
Bagaimanapun, kami di Malaysia masih menunggu kedatangan mereka dan mengalu-alukan kedatangan mereka.

Friday, January 29, 2010
Buku "Urang Banjar di Langkat dan Tanah Deli"
Saya baru saja mendapat informasi yang agak pasti bahawa sebuah buku tentang orang Banjar di Sumut, bertajuk Urang Banjar di Langkat dan Tanah Deli telah diterbitkan beberapa tahun yang lalu. Penulisnya ialah Asr Fauzi MSi.
Saya tentu saja berminat untuk memperoleh dan membaca buku tersebut. Akan tetapi, setakat ini tentu tidak mungkin, kerana saya pun tidak tahu di mana buku itu ada di jual, dan sama ada masih ada di pasaran atau tidak.
Saya memang mengharapkan jika ada orang Sumut yang sudi menghubungi saya tentang hal ini, walaupun tentunya saya tidaklah boleh berharap sangat.
Bagaimanapun, hal ini menimbulkan ilham pada saya untuk menulis buku tentang "Urang Banjar di Tanah Melayu" pula, iatu projek penulisan yang sudah lama difikirkan, tapi masih belum dapat dimulakan penulisannya.

Monday, January 25, 2010
Lawatan PBM ke Banjarmasin
Persatuan Banjar Malaysia (PBM) telah memaklumkan akan mengadakan lawatan ke Banjarmasin mulai 22 Mac 2010 ini. Ini satu berita bagus. Setelah lama tidak membuat lawatan ke mana-mana tentu wajar sekali jika PBM menganjurkan lawatan pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, saya tidak faham mengapa lawatan itu hanya 3 hari malam (agaknya 22 hingga 24 Mac saja). Kalau 3 hari 2 malam, saya rasa hanya "penat di jalan", kerana perjalanan ke Banjarmasin dari Malaysia, pergi dan balik, sudah memakan masa 2 hari. Jadi apa yang dapat dilihat 1 hari di Banjarmasin?
Selepas ini, saya kira baik juga jika PBM dapat menganjurkan lawatan ke Tembilahan atau Sumut, iaitu dua empat yang ramai orang Banjar di Sumatera, dan bertemu dengan orang Banjar di tempat itu.
Di samping itu, tidakkah PBM mempunyai mempunyai rancangan untuk mengadakan umrah ke Mekah dan Medinah? Alangkah bagusnya jika sesekali, atau kalau mungkin setahun sekali, PBM menganjurkan "Umrah bersama PBM" misalnya.

Tuesday, January 19, 2010
Kisah Andin Amin
Sebenarnya banyak keluarga saya di Banjar yang tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali aruah datuk saya Andin Amin, kerana Andin Amin telah meninggalkan Kalimantan Selatan dan berhijrah ke Malaysia lebih seratus tahun yang lalu.
Cucu dan cicit beliau di Malaysia juga banyak yang tidak pernah berjumpa dengan beliau dan tidak mengenali beliau.
Oleh itu, saya telah menulis draf buku kecil yang saya beri tajuk Kisah Andin Amin dengan tujuan untuk memperkenalkan siapakah Andin Amin. Dalam buku kecil ini saya ceritakan riwayat hidup Andin Amin, isterinya, anak-anaknya dan adik beradiknya.
Saya harap buku kecil ini ada manfaatnya untuk tatapan dan simpanan cucu cicit Andin Amin, di Malaysia dan di Kalimantan Selatan.
Buku kecil ini akan saya cetak secara fotokopi saja dan akan saya berikan kepada cucu dan cicit Andin Amin yang berminat.

Subscribe to:
Posts (Atom)